CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 0

Pengenalan 22 pasukan meriah

[Copy link]
Post time 23-9-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

PELUMBA pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) ketika majlis pengenalan pasukan malam ini. FOTO Aswadi Alias

Kuala Terengganu: Majlis pengenalan 22 pasukan yang bertanding pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, berlangsung penuh meriah di Dataran Panoramik di sini, malam ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim.

Sejumlah 131 pelumba mewakili 22 pasukan berstatus WorldTeam, ProTeam, Continental dan pasukan kebangsaan, bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,278.1 kilometer (km), membabitkan 11 negeri di Semenanjung Malaysia.

LTdL 2023 bermula dengan Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu, diikuti Peringkat 2 (Kuala Terengganu-Kota Bharu), Peringkat 3 (Jeli-Baling), Peringkat 4 (Bukit Mertajam-Meru Raya), Peringkat 5 (Slim River-Genting Highlands), Peringkat 6 (Karak-Melaka), Peringkat 7 (Muar-Seremban) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Setia Alam-Kuala Lumpur).

Terdahulu, kira-kira 300 pengunjung hadir memeriahkan majlis tersebut yang menjadi saksi kepada pengenalan piala pusingan LTdL buat julung kali sepanjang penganjurannya.

Perlumbaan Peringkat 1 bermula dari Kerteh ke Kuala Terengganu esok, meliputi jarak keseluruhan 187.4km dengan kesemua pasukan akan menempuh dua pendakian kategori empat di Jerangau dan Sekayu selain tiga zon pecut di Dungun, Ajil dan Tok Jamal.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-22-pasukan-meriah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046747 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list