View: 1524|Reply: 5
|
Tempat Parkir Kereta Lokasi Victoria Jumpa David Beckham, Elak Percintaan Dihidu Peminat
[Copy link]
|
|
Penyanyi Victoria Beckham mendedahkan tempat parkir kereta menjadi lokasi pertemuan dengan suami iaitu David Beckham ketika mereka sedang hangat bercinta pada akhir 1990-an.
Victoria berkata, kawasan itu menjadi tempat paling selamat supaya hubungan mereka tidak dihidu paparazi dan peminat.
"engurus saya selalu beritahu cuba bercinta secara rahsia, jadi kami bertemu di tempat letak kereta," katanya.
Victoria mendedahkan perkara itu menerusi treler dokumentari Netflix berjudul Beckham tentang karier David sebagai bintang bola sepak terkenal dunia.
Bagaimanapun kata Victoria, perkara itu tidak seburuk seperti disangka malah ia meninggalkan kenangan manis buat mereka berdua.
Untuk rekod, David dan Victoria mengikat tali pertunangan pada 1998 sebelum melangsungkan perkahwinan pada Julai 1999 di London.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Brooklyn, 24, Romeo, 21, Cruz, 18 dan Harper, 12 tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Sygnya xdak sorg pun ank jadi player footballer..@ ada ank yg jadi singer? |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg ai tau Victoria ni sanggup dump her long time ex boifren semata nakkan David nih... |
|
|
|
|
|
|
|
actually tak salah pon nak dump "current boipren" demi nak sauk boipren baru yg fit dengan vision kita, hidup ni pilihan, masing2 ada impian hidup dan cita2 sendiri, kalau dah "boipren" masa tu pon future kelam2 plus tu tak boleh fly high together watpa nak stay semata2 nak nampak faihtful? tak berbaloi... tak gituhhh.. adoi lahhh walaupon vb pon dicurangi tapi at least idok ler rasa terhina sgt since laki digilai 1 dunia, shortlist kecurangan beckham agak impressive juga sebenarnya ikutkan popularity dan ke hot an beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus dia ni even anak 4.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|