CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3820|Reply: 53

Kehilangan Blake Kuatkan Naluri Salbuddin Salleh Peluk Islam

[Copy link]
Post time 22-9-2023 10:24 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Selepas tiga hari negara kehilangan anjing yang banyak berjasa dalam misi menyelamat dikenali sebagai Blake, penjaga haiwan tersebut, PB Salbuddin Salleh akhirnya memeluk Islam.


Salbuddin yang juga anggota bomba dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam pagi tadi bersaksikan bapa saudara dan sepupunya.


Salbuddin (dua dari kiri) selepas selesai mengucap dua kali syahadah di sebuah masjid di Shah Alam pagi tadi.





Ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi, Salbuddin,34, berkata, niatnya untuk memeluk agama Islam sudah lama dipendamkannya memandangkan dalam keluarganya, hanya dia seorang sahaja belum memeluk Islam.


Malah katanya, kehilangan Blake yang dijaganya sejak tahun 2018 menguatkan lagi nalurinya untuk memeluk Islam.


“Saya dah lama berniat peluk Islam, tetapi mungkin ketika itu belum ‘tiba masanya lagi’. Tetapi sejak kehilangan Blake tiga hari lalu, keinginan untuk peluk Islam semakin kuat.


“Jadi hari ini saya nekad bawa dua orang saksi (bapa saudara dan sepupu) untuk melafazkan kalimah syahadah di sebuah masjid di Shah Alam pagi tadi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.


Menurut Salbuddin lagi, dia kini berasa tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah pagi tadi.






“Walaupun masih sedih dengan kehilangan Blake, tetapi dengan penghijrahan ini buat saya sedikit tenang.


“Saya juga kini sedang cuba menghafal beberapa surah termasuk al-Fatihah, doakan saya semoga sentiasa istiqamah,” kata anak jati Keningau, Sabah ini.


Terdahulu, tular di aplikasi TikTok klip video memaparkan Salbuddin melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah masjid disaksikan beberapa orang individu dipercayai di sebuah masjid.


Sebelum ini Kosmo! melaporkan, sekor anjing pengesan milik JBPM, Blake, terpaksa ditidurkan (euthanized) selepas dikesan menghidap barah limfoma.


Menerusi satu kenyataan dari JBPM, Blake dari disiplin Cadaver itu telah didiagnosis menghidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu dan terpaksa ditidurkan pada pukul 4.38 petang pada 18 September lalu.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronoknya ketenangan yg dicari….
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah .... semoga sentiasa di dalam hidayah Allah. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh bestnya ramai saudara baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah semoga terus istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:08 AM | Show all posts
Mashaallah... itulah hidayah dari Allah bagi org2 yg berfikir, baik dan ikhlas mencariNya. Besar rahmat Allah kpd dia. I sebak dengar ni. Suatu kisah masuk Islam selepas berkawan dan berbuat baik denga anjing dan sama2 berjasa kepada masyarakat. Semoga bahagia dan kekal di jalan yg lurus sehingga ke akhir hayat buat saudara baru kita Salbuddin Salleh. Blake will be missed by millions..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
MasyaAllah. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dia org apa?
hrp hrp someone yg i syg pun akan peluk islam jgk nnti..tiber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 12:12 AM | Show all posts
hareeeesah replied at 22-9-2023 10:53 PM
Seronoknya ketenangan yg dicari….

Kan... dan dia mencari di tempat yang betul. Bila dlm kesedihan dan tiada ketenangan jiwa, dekatkan diri dgn Sang Pencipta, barulah hidup rasa selesa dan sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:16 AM | Show all posts
edayildiz replied at 22-9-2023 04:11 PM
dia org apa?
hrp hrp someone yg i syg pun akan peluk islam jgk nnti..tiber

tengok nama macam bumiputera
mati mati ingat dia muslim
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:19 AM | Show all posts
edayildiz replied at 23-9-2023 12:11 AM
dia org apa?
hrp hrp someone yg i syg pun akan peluk islam jgk nnti..tiber

Dlm article tulis Sabah, mungkin org pribumi sana la agaknya. Oh... ada cinta hati ya... hehehe. InsyaAllah, I doakan dia peluk Islam. Mohon Allah beri dia hidayah. Kawan I terpaksa berpisah dgn ex bf dia sebab berlainan agama lah. Kesian they all. The guy tak sanggup tinggal agama dia dan my friend pun redha ketentuan Tuhan. Sehingga kini dia tak kawin. Itu lebih baik bagi dia... Nak buat macam mana dia tak jumpa dgn dgn org lain yg dia suka dan rasa sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 12:23 AM | Show all posts
gigahertz replied at 23-9-2023 12:16 AM
tengok nama macam bumiputera
mati mati ingat dia muslim

I pun sama, nama tu mcm typical nama Melayu Islam. Tgk news ni baru tahu dia bukan Islam sebelum ni. Tapi org belah Borneo sana kita tak leh tau agama apa berdasarkan nama. My family friend ada nama Alice tapi Melayu Muslim asal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat syurga nanti boleh jumpa blake ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Binatang2 burung kucing kambing dan pokok2 mmg byk doa mereka berbanding manusia2 yg asyik berkumat kamit perkataan bodo babi hari2
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh dia blm kawen ke? Rasa dulu tgk tiktok dia mcm dh kawen.
Nama dia mmg mcm islam tp dia non muslim dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 23-9-2023 08:40 AM
Binatang2 burung kucing kambing dan pokok2 mmg byk doa mereka berbanding manusia2 yg asyik berkumat  ...

Kann bila aku baca terjemahan nmpknyaa mkluk kucing anjing pokok lebih mulia dr kita nii.. kita manusia ni jahak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2023 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang blake 1 ekor anjing... Masuk islam.... Harap tidak silap baca
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 23-9-2023 12:11 AM
dia org apa?
hrp hrp someone yg i syg pun akan peluk islam jgk nnti..tiber

Aku tak wisau org yg ko syg peluk islam though kalo dia peluk islam bukan sebab dia perhatikheun contoh keislaman yg baik pada dori ko...tapi lebih pada hidayah dariNYA....tapi yg aku lebih wisau adaler ko yg dah islam ...bakal kelaut...skg je macam dah nampak kearah iteww...kheunz?

Kahkahkahkahkahkah



Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-9-2023 08:36 AM
Kat syurga nanti boleh jumpa blake ..

Takut takut ko pulak jadi anjing pada blake nanti....dia jadi tuan  ko

Take turn maaa?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 23-9-2023 12:23 AM
I pun sama, nama tu mcm typical nama Melayu Islam. Tgk news ni baru tahu dia bukan Islam sebelum n ...

ada org aku kenal dr sana,

nama siap ada bin, mula2 aku bg salam tp dia x jwb..rupanya dia bkn islam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047696 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list