Kecoh tentang Kak KM bakal memegang status janda susulan kakaknya mengusik akan ada individu masuk meminangnya.
Namun Kak KM menjelaskan hubungannya dengan suami iaitu Razman Ramli masih dalam keadaan baik dan tidak timbul isu cerai di antara mereka.
Foto: IG
Malah dia memilih untuk tidak lagi memanjangkan isu mengenai kereta Toyota Alphard miliknya yang diremukkan Razman dalam satu kejadian kemalangan di rumah mereka baru-baru ini.
"Benda itu sekadar konten saja, takkanlah kita ratu jamu nak kena cerai. Suami saya cakap... apa pun yang terjadi dia takkan tinggalkan saya. Nampak macam nak bercerai tapi suami ada dengan saya sekarang ini.
"Masalah tersebut tidak selesai pun, cuma saya malas nak panjang-panjangkan. Kita buat tak tahu sajalah.
"Tapi isu nak bercerai itu memang tak ada pun. Insya-Allah. Takkanlah sebab kereta kami nak bercerai," katanya ketika dihubungi mStar.
Kak KM sebelum ini ada memuat naik satu video di media sosial tentang dirinya yang seakan memberi bayangan bakal bergelar ibu tunggal.
Lebih menguatkan lagi bayangan tersebut apabila kakaknya memaklumkan akan ada individu masuk meminangnya dengan kadar segera.
Kak KM juga mengakui dia menerima pelbagai nasihat mengenai rumah tangganya namun memilih untuk memekakkan telinga.
"Memang betul ada yang menyarankan saya untuk tinggalkan suami saya. Mereka simpati kepada saya dan tidak menyalahkan saya.
"Mereka rasa kalau saya berbaik semula dengan suami itu tidak berbaloi kerana saya banyak tanggung jawab dalam keluarga ini.
"Bagi saya kenapa kita nak dengar kata orang tapi saya hormat mereka yang bagi pendapat sebab bagi saya mereka berhak untuk bercakap apa sahaja.
"Mereka komen pun sebab saya yang berkongsi di media sosial saya. Tapi saya tak kisah apa mereka cakap... nak suruh cerai ke apa," luahnya.
Kak KM juga mengingatkan orang ramai terutama ahli keluarga dan kenalan rapatnya untuk tidak campur tangan dalam hal rumah tangganya.
Menurutnya, kadang kala nasihat yang diminta oleh orang sekeliling boleh menjadi hasutan untuk memusahkan rumah tangga sendiri.
"Tapi saya juga nak ingatkan kepada orang luar, tidak kiralah saudara mahupun kenalan saya yang rapat supaya jangan masuk campur dalam rumah tangga orang.
"Sebab bila mereka masuk campur sebenarnya mereka menghasut untuk bercerai. Jangan nak tunjuk pandai ajar kita jaga rumah tangga.
"Sekarang ini kita baik-baik sahaja... Kalau mereka menghasut macam itu nanti nak jumpa saya macam mana. Jadi siapa yang malu.
"Kau jaga sajalah anak bini dan rumah tangga kau... jangan sibuk rumah tangga orang," ujarnya. -CARI
Post time 21-9-2023 05:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagus la. Takpayah dgr ckp org. Mmg pun serupa setan nasihat konon padahal hasut soh cerai. Ko yg dok dgn suami so teruskan perkahwinan. Gado2 maki tu pada aku biasa la ko tgh marah… hahahaha..
Post time 21-9-2023 11:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin kita je dgr kasar makian dia, tapi kalau tu pertuturan harian dia tak pelik pun la. Bior la dia rumah tangga dia, jaga hal sendiri sudah. Bab rumahtangga ni bahagia cara masing2, kalau korang rela teruskan, tak rela angkat kaki. Jgn anggap semua org di kasut yg sama
Post time 22-9-2023 07:19 AMFrom the mobile phone|Show all posts
doubleA replied at 21-9-2023 11:29 PM
Mungkin kita je dgr kasar makian dia, tapi kalau tu pertuturan harian dia tak pelik pun la. Bior la ...
Kalau tgk video tu makian dia tu sebenarnya mcm coverina
Kira dia tak terus maki kat depan laki dia pun ala2 mcm membebel dlm hati gitu
Korang tak tgk lagi vtt si reen rahim ngn laki dia tu hat tu bebetul acah2 selamba dan kasar
Bahasakan aku ko je
Selamba sebut nak hempok la nk pukul la herannya ramai plak suka tgk vtt dia bergurau kasar ngn laki tu termasuk la suami iols hahaha
Iols lak yg naik rengsa, sbb kelihatanya dia mcm terlalu mencuba
Tahla zaman content ni susah iols nk percaya tu betul ke atau tipu2 jah