CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2576|Reply: 0

Lelaki Menganggur Ditahan Rogol, Bunuh Ibu Mertua Gara-Gara Dipaksa Ceraikan Isteri

[Copy link]
Post time 21-9-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Seorang lelaki dari wilayah Batu Bara di Sumatera Utara bertindak merogol dan membunuh ibu mertuanya dalam insiden mengejutkan minggu lalu.


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batubara, AKP Ellysa Simaremare berkata, suspek dikenali sebagai Syah Munir, 45, merogol ibu mertuanya yang berusia 52 tahun sebelum membunuh mangsa pada 7 September lalu di kediaman mereka di Desa Sukaraja di daerah Tanjung Tiram.






Menurut Ellysa, ketika kejadian, isteri suspek sedang bekerja di Malaysia.


“Suspek memukul dan mencekik mangsa. Kemudian mangsa diseret ke dalam biliknya dan dirogol.


“Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek mencuri barang kemas, motosikal dan telefon bimbit mangsa.


“Motifnya kerana sakit hati dan dendam selepas mangsa memaksa suspek menceraikan anak perempuannya kerana terlalu lama menganggur dan enggan bekerja,” katanya.


Ellysa berkata, suspek melarikan diri namun berjaya ditahan di Kota Berastagi di wilayah Karo kelmarin dan ditembak di kaki semasa tangkapan dibuat kerana cuba melawan anggota polis.


Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah pembunuhan beberapa tahun lalu dilaporkan berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048647 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list