CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3647|Reply: 0

Kerja keras setahun buahkan hasil – Toru Oniki

[Copy link]
Post time 21-9-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

PARA pemain Kawasaki Frontale terpaksa bekerja keras sebelum berupaya membawa pulang tiga mata pada perlawanan pertama ACL menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

PENGENDALI Kawasaki Frontale, Toru Oniki tidak menyangka perubahan yang berlaku pada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam tempoh setahun setelah anak buahnya terpaksa bekerja keras dan sebelum berupaya membawa pulang tiga mata pada perlawanan pertama Liga Juara-juara Asia (ACL) Kumpulan I yang berkesudahan 1-0 malam kelmarin.

Oniki memberitahu, kemena­ngan itu amat bermakna buat pasukan bagi kempen ACL musim ini dan memberi keyakinan buat pemain untuk terus mencatatkan kemenangan dalam saingan pe­ringkat kumpulan dan melangkah ke pusingan seterusnya.

Oniki juga akui kualiti yang dimiliki JDT adalah berbeza berbanding musim lalu setelah mempamerkan corak permainan yang berkualiti dan menghukum barisan pemainnya ketika permainan memasuki tempoh 20 minit terakhir.

“Ini adalah perlawanan pertama peringkat kumpulan dan kemenangan ini amat bermakna buat kami lebih-lebih lagi berjaya meraih tiga mata tempat lawan. Ia bukan tugas mudah untuk beraksi di sini dengan sorakan padu penonton yang cuba menenggelamkan tumpuan pemain.

“Selain faktor persekitaran, JDT juga mempamerkan permainan yang berkualiti dan berintensiti tinggi, mereka lebih baik berbanding tahun lalu. Jadi, saya amat berpuas hati dapat membawa pulang tiga mata malam ini, kejayaan ini adalah untuk penyokong yang sudi terbang dari Jepun untuk beri sokongan,” katanya.

Pengendali berusia 49 tahun itu menjelaskan, dia sengaja menukar rentak permainan kepada corak bertahan pada 10 minit terakhir permainan kerana tidak mahu mensia-siakan peluang mengutip tiga mata pertama yang menjadi rebutan.

“Ya, itu adalah arahan saya untuk banyak bertahan pada masa akhir, kalau boleh saya nak teruskan menyerang tetapi kami tidak mahu mengambil risiko dibolosi lawan. Memandangkan kami sudah mendahului di tempat lawan, jadi prioriti kami adalah untuk pertahankan kelebihan yang dimiliki dan semuanya berjalan mengikut perancangan,” katanya.

Ditanya mengenai persembahan Arif Aiman Hanafi, Oniki menyifatkan pemain sayap ini sangat lincah dan sukar dikawal sehingga berupaya mengucar-kacirkan benteng pertahanannya walaupun telah dikawal ketat.

“Arif Aiman adalah seorang pemain yang berbakat, saya tahu kemampuannya dan telah me­ngarahkan pemain untuk mengawalnya namun dia masih mampu untuk melakukan serangan, menggelecek dan melakukan percubaan terus ke gawang.

“Kami bermain mengikut taktikal yang telah ditetapkan dan kami sedar ia tugas sukar untuk membawa pulang tiga mata, tapi siapa pun menang malam tadi, bagi saya ia tiada bezanya kerana masing-masing pamer kesungguhan untuk menang,” katanya

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... n-hasil-toru-oniki/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.467430 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list