CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11037|Reply: 51

Pegang dada saya, ugut tamatkan kontrak mengacara – Sarimah Ibrahim

[Copy link]
Post time 20-9-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode
Pegang dada saya, ugut tamatkan kontrak mengacara – Sarimah Ibrahim


SELEBRITI Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah beberapa kali berdepan gangguan seksual ketika berada pada zaman kemuncaknya ketika aktif mengacara dan berlakon suatu ketika dahulu. - SYAKIR RADIN



KUALA LUMPUR – Selebriti Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah berkali-kali menjadi mangsa gangguan seksual semasa aktif sebagai pengacara suatu ketika dahulu.

Tanpa mendedahkan terlalu terperinci Sarimah, 45, berkata, pelaku memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula.

Lebih teruk, individu tersebut merupakan salah seorang kru rancangan dan berstatus suami orang ketika insiden berlaku.

“Saya pernah terkena gangguan seksual semasa berkerja di sebuah set rancangan terkenal.

“Individu tersebut datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, namun sebaliknya memegang dada saya.

“Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan kata kami sangat sepadan jika bersama padahal dia ketika itu adalah suami orang,” kata kepada Kosmo! Online.

Tidak terhenti disitu, individu tersebut juga turut mengajak pelantun lagu Kini Kau Tiada itu bercuti bersama dan mengugut ingin menamatkan kontraknya jika pelawaannya tidak diterima.

“Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya.

“Saya menolak dan saya kata tidak mengapa, saya akan bayar percutian saya sendiri, saya bukan tiada duit,” tuturnya tegas.

Sementara itu, berkongsi lanjut tentang pengalaman gangguan seksual, aktres kacukan Melayu-Ireland itu juga sempat mendedahkan dirinya juga pernah diminta untuk makan malam dan memakai pakaian seksi di hadapan seorang pengarah.

“Pengarah suruh saya masuk bilik untuk pakai baju seksi yang telah disediakan untuk saya pamerkan depan dia dalam bilik itu.

“Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut secara seorang diri, macam pelik saja.

“Saya menolak dan seperti dijangka, saya tak dapat tawaran seterusnya tapi tidak mengapa ada rezeki lain selepas itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Siri Astro Original Riot, semalam.

Sejak akhir-akhir ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pendedahan berani mati seorang wanita kelahiran Indonesia mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual individu ternama tanah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ra-sarimah-ibrahim/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Open sikret dunia hiburan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ini memang gebu kan. Tengok dia berlakon cerita gerak khas dgn negro itu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2023 05:29 PM
Open sikret dunia hiburan.

Mesti banyak lagikan sikret Dunia hiburan yg pasti mengejutkan kalau tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah jumpa dia few times dulu dan skrg. Dulu dah cantik tapi skrg tersangaattt la cantek dan ramping. Muka dia agak sombong tapi iols pandang dan cuba senyum, sib baik dia senyum balik...idok lerrr srupa nad jenal bini Tungku tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:39 PM | Show all posts
kalau yg ada musim2 ni akademi fantasia la?
sheols kan mc?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ciksom replied at 20-9-2023 09:25 PM
Mesti banyak lagikan sikret Dunia hiburan yg pasti mengejutkan kalau tahu.

Spill more sekret dunia hiburan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2023 09:45 PM | Show all posts
i dulu pun sama, kena raba masa tuangkan air sirap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu perkara biasa dunia hiburan. Kalau jadi student seni lakon or yg seangkatan dgn nya lagi banyak jumpa retis lelaki yg miang2.. mmg biasa student Akan jumpa if ada terlibat mana2 project.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:59 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 20-9-2023 05:29 PM
Open sikret dunia hiburan.

kalau kt korea kaka tahu mmg ada, tak sangka kt malaysia pun cmtu.

kalau kaka chazy ckp kaka percaya sbb pernah tepat pasal dewa airmatalesungbatu masing2 masuk tele sbb nak cuci kelopak mata melihat tahi lalat di lesung batu rumah cik kiah
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:59 PM | Show all posts
jambatannetizen replied at 20-9-2023 09:16 PM
Dia ini memang gebu kan. Tengok dia berlakon cerita gerak khas dgn negro itu.

gerak khas ada ambil pelakon baru ke? negro mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ciksom replied at 20-9-2023 01:25 PM
Mesti banyak lagikan sikret Dunia hiburan yg pasti mengejutkan kalau tahu.

Iya. Mau kita ludah2 muka artis tanahair ini kalau tau 100% cerita peribodi deols.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ada gak buat muka tp hasilnya menjadik la. Mmg faktor dia kurus pun ya tp sure ada buat sumting gak utk enhance shape muka dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm #metoo hollywood. Dah berpuluh2 tahun baru berani spill cerita.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-9-2023 09:59 PM
gerak khas ada ambil pelakon baru ke? negro mana?

Masa tu sarimah jd inspektor farah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam Lady Gaga, Rihanna, Katy Perry, Keisha
Semua kena sexual abuse dari team sendiri
Pencipta lagu lah penulis lirik penerbit lah

Siap Lady Gaga pernah pregnant dan gugur kandungan
Tak hairan benda ni jadi dalam industri Malaysia

Ramai je VVVIP yang bayar ratus K semalam
Hanya nak spend time dengan artis baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 21-9-2023 03:29 AM
Macam Lady Gaga, Rihanna, Katy Perry, Keisha
Semua kena sexual abuse dari team sendiri
Pencipta lag ...

Chuols spill tea siapa retis yang pernah kena bayar?
annd siapakah vvip itu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 21-9-2023 03:31 AM
Chuols spill tea siapa retis yang pernah kena bayar?
annd siapakah vvip itu

Uiiii tak berani lah sebut nama

Tapi depan mata macik dulu
Pernah ler nengok retis wanita jadi peneman darah biru
Masa dinner kat obersi
Kawan macik kata
Kesian tengok macam anjing peliharaan
Duduk2 atas riba kena gomoi
Bila darah biru kata minummmm
Dia pun teguk lah air haram tu
Retis tu pun dah kawen ada anak sekarang ni
Dah sendu

Kalau esok macik ghaib dari forum
Makna kata macik kena kutip dek polis
Huwaaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 21-9-2023 03:42 AM
Uiiii tak berani lah sebut nama

Tapi depan mata macik dulu

Makcik pm pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2023 10:00 AM | Show all posts
dulu i naik bas mini nak pg kl, pun kena raba kat peha....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048654 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list