View: 4541|Reply: 0
|
Howe bangga Newcastle ikat Milan
[Copy link]
|
|
Pemain tengah Newcastle, Sean Longstaff (kiri) bersaing dengan pemain AC Milan, Samuel Chukwueze pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium San Siro, Milan awal pagi tadi. – Foto AFP
MILAN: Eddie Howe berbangga dengan kepulangan Newcastle United ke kancah bola sepak Liga Juara-Juara selepas dua dekad, mengekang juara Eropah tujuh kali AC Milan apabila seri tanpa jaringan pada aksi pembukaan Kumpulan F awal pagi tadi.
Howe paling gembira antara kedua-dua pengurus susulan kejayaan meraih satu mata daripada pertembungan di San Siro kerana pasukannya lebih banyak bertahan menentang pasukan yang layak ke separuh akhir musim lalu.
Newcastle tidak banyak mencipta peluang pada aksi pertama dalam saingan kelab terkemuka Eropah sejak tahun 2003, dengan kelab yang disokong Arab Saudi itu sebenarnya bertuah kerana pulang dengan keputusan seri.
Milan sepatutnya menang selesa selepas mensia-siakan beberapa peluang, terutamanya pada separuh masa pertama dan mendominasi permainan apabila Sandro Tonali kembali ke gelanggang lamanya selepas dijual kepada Newcastle pada Julai lalu.
"Sudah semestinya berbangga dengan keputusan ini dan prestasi serta mentaliti yang dipamerkan," kata Howe kepada wartawan.
"Dalam kalangan skuad, keputusan ini tidak dipandang remeh. Juga mereka pemain yang amat jujur yang mengakui hakikat kami boleh bermain lebih baik.
"Saya fikir kami akan menjadi lebih bagus dari semasa ke semasa. Semoga dapat meningkat dalam kejohanan ini." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ewcastle-ikat-milan |
|
|
|
|
|
|
| |
|