CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3592|Reply: 0

18 anggota, pegawai polis dibuang kerja, 6 diturunkan pangkat

[Copy link]
Post time 20-9-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Kuala Lumpur: Seramai 18 anggota dan pegawai polis di ibu negara dibuang kerja manakala enam diturunkan pangkat bagi tempoh Januari hingga Ogos.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

"Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kuala Lumpur membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh Januari hingga Ogos.

"Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai," katanya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurutnya, kegagalan melaksanakan penyeliaan yang berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

Katanya, kawalan dan pengawasan tatatertib harus diperkasakan selaras dengan Peraturan 3C Pegawai Awam seperti digariskan di bawah Kelakuan dan Peraturan-Peraturan Tatatertib 1993.

"Saya menuntut kepada semua ketua jabatan polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan.

"Jalankan pemantauan tanpa sebaran 'cover-up,' kronisme dan pilih kasih selain memulakan pendekatan lebih agresif dalam memperkasakan Peraturan 3C," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diturunkan-pangkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054810 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list