CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7452|Reply: 51

Tracie Sinidol Dituduh Dapat Jadi Heroin Sebab Muka Macam Mira Filzah

[Copy link]
Post time 19-9-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Tracie Sinidol mengakui sukar bagi dirinya untuk bertutur dalam dialek Semenanjung disebabkan tidak mempunyai ramai kenalan.


Tracie, 22, yang berasal dari Sabah bagaimanapun berkata, dia akan sentiasa berusaha sedaya upaya bagi memastikan setiap lakonan yang dibawa tidak kedengaran dialek Sabah yang keterlaluan.


Foto: IG




"Ia agak sukar bagi saya. Masa mula-mula datang penggambaran untuk Luruhnya Bunga Cinta, dialek Sabah sangat-sangat pekat.


"Jadi, saya memang perlu kurangkan dialek itu. Saya tidak banyak kawan, jadi macam mana saya nak belajar? Saya banyakkan bergaul dengan semua krew yang ada untuk bertutur seperti orang Semenanjung," katanya kepada mStar.




  



Pemenang Dewi Remaja 2022 itu berkata, bagi menjayakan drama tersebut, dia mula belajar bertutur dialek Semenanjung sejak April lagi.


Tracie juga mengakui bahawa dia takut akan kecaman yang dilontarkan kepada dirinya berkenaan perkara itu.


"Saya takut (kecaman) tapi orang tak boleh nak jangka lebih. Saya perlu masa. Tapi tidak mengapa, saya akan belajar banyak lagi untuk drama ini (Luruhnya Bunga Cinta).


  



Bercerita mengenai drama yang diadaptasi dari k-drama popular dari Korea berjudul Autumn in My Heart, Tracie berkata ia merupakan kali pertama dirinya mendapat watak sebagai heroin.


Jelasnya, walaupun watak tersebut sukar kerana perlu bermain dengan banyak emosi, dia akan tetap memberikan yang terbaik supaya penonton berasa puas melihatnya.


"Ini kali pertama saya bawa watak utama. Saya rasa gementar. Jadi, bila saya takut, saya akan banyakkan latihan sebelum sesi penggambaran untuk hilangkan tekanan," ujarnya.


  



Tracie juga menyelar dakwaan bahawa wajahnya yang seakan-akan Mira Filzah menjadi kelebihan kepada dirinya untuk mendapat watak utama dalam drama itu.


"Drama ini memerlukan bakat. Ia bukan pasal muka sahaja. Saya datang uji bakat dan akhirnya dapat panggilan untuk membawa watak ini," katanya.


  



Drama tersebut bakal ditayangkan di TV3 bermula pada 19 September.


  



Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Redza Rosli, Aniq Durar, Bella Luna, Auni Yusrii, Nabila Razali dan ramai lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nak buat camne dik non hadap je la
ohh ada nabila razali jgk eh...api awat hero dia adoiii
lama dah ingat nk ulang citer autumn in my heart sampai sudah tak sempat
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah..oyen jadi hero..autumn in my heart nostalgic giler.dulu aku dngn kakak aku beria menangis tengok cita tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg pekat sgt bah sabah kau bah. tak tahu lah malam ni mcm mana drama kau bah. mau kena hencap dgn netizen dkt facebook
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhu
Iols suka dua2 hero n heroin ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:06 PM | Show all posts
I don't mind the heroin tapi hero tu tak ada orang lain kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Redza rosli ni mmg faveret tv3 kan. Muka dia je manjang ameklah org lain kut ye pun. Nostalgia kut cite ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:11 PM | Show all posts
autumn in my heart my fav korean drama forever.
tapi nape oyen jd oppa dia? tak kenaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 03:17 PM | Show all posts
Kepot replied at 19-9-2023 03:11 PM
autumn in my heart my fav korean drama forever.
tapi nape oyen jd oppa dia? tak kenaaa

Kan. Song Seung Heon dah la elok gila dalam Autumn In My Heart dulu. Won Bin tak perlu nak cakap la, berlebih-lebih eloknya. Tak sesuai langsung oyen ni jadi watak Song Seung Heon.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:28 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 19-9-2023 03:17 PM
Kan. Song Seung Heon dah la elok gila dalam Autumn In My Heart dulu. Won Bin tak perlu nak cakap l ...

Tahu xpa, dah la childhood drama, still emosi bila ulang balik..tiba2 buat versi melayu hero pulak tak kena..kalau ambil aiman hakim ka okey lg..yg ini tak sesuai langsung
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols juling jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 19-9-2023 03:06 PM
I don't mind the heroin tapi hero tu tak ada orang lain kah?

kontrak sampai mati kot heols dengan tv3 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cepat la bagi orang lain pulak jadi hero, penat tengok oyen je manjang. Kalau Gambit helok la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:38 PM | Show all posts
Edited by dealova04 at 19-9-2023 03:40 PM
Tehaisfav replied at 19-9-2023 03:28 PM
Tahu xpa, dah la childhood drama, still emosi bila ulang balik..tiba2 buat versi melayu hero pulak ...

aiman jd abang dia, patah amin jd won bin kan??? hehehhe.. tua pon tua la , laki org pon laki org lah dr oyen jd hero..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:40 PM | Show all posts
heythere123 replied at 19-9-2023 03:32 PM
cepat la bagi orang lain pulak jadi hero, penat tengok oyen je manjang. Kalau Gambit helok la jugak

haaa gambit. sesuai gak. mcm citer shh ai love u dgn elvina . sesuai sgt utk watak hero
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
No laaaa
Memasing ada kecantikan tersendiri..
Tracie cantik
ML pun cantik
Tapi, kalau suruh undi, meols vote Tracie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tracie lg cun dr ML..berganda2
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunan replied at 19-9-2023 03:06 PM
Huhu
Iols suka dua2 hero n heroin ni

iols pun suka dua2 ni... lagipun autumn in my heart ni lah yg buat iols suka tengok kdrama. so, iols akan tengok. kalau xberkenan, stop setengah jalan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 19-9-2023 03:40 PM
haaa gambit. sesuai gak. mcm citer shh ai love u dgn elvina . sesuai sgt utk watak hero

kannn. Iols suka Gambit sangat tapi heols jarang dapat jadi lead
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero mcm adaptasi citer Bollywood la pulak. Takde ke yg muka Korean looks sikit.
Mmg ada iras mf dgn tracie. Tp suka tracie sbb berisi sikit. Mira is so cengkung skrg.
Tracie kalau pakai tudung husband mira pun boleh confuse ingat bini dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.486077 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list