View: 24784|Reply: 11
|
Anzalna Nasir dah pilih sekolah untuk anak-anak sejak mereka bayi lagi
[Copy link]
|
|
Suami kepada pelakon Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki mendedahkan bahawa isterinya sudah membuat tinjauan beberapa sekolah khas buat anak-anak mereka sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hanif, 38, memaklumkan suri hatinya memang sangat teliti tentang masa depan anak-anak terutamanya berkaitan hal pendidikan.
“Anzalna memang sangat teliti lebih-lebih lagi fasal pendidikan sebab itu dia pilih untuk tak berlakon.
“Dia nak besarkan anak dahulu tetapi saya bersyukur juga sebab boleh fokus kerja.
“Dia mula buat tinjauan sekolah sejak zaman PKP, ketika itu anak saya masih bayi,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sesi duta Jakel bertemu pengunjung di sini hari ini.
Sementara itu, pemilik nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, tidak kisah untuk menghantar mana-mana sekolah asalkan selesa buat anaknya.
“Tahun ini Eidress 6 tahun, saya dah ambil berat tentang sekolah mana nak hantar.
“Apa saya buat adalah buat tinjauan antara sekolah antarabangsa dan kerajaan sebab nak tengok perbezaan dan mana lebih sesuai dengan anak.
“Kita pun bekerja untuk masa depan anak, jadi memang nak berikan yang terbaik.
“Selepas buat tinjauan, mana-mana sekolah okey cuma anak kita kena selesa,” ujarnya.
Kongsinya lagi, segala usaha tersebut dilakukan semata-mata mahu anaknya melalui apa yang dilaluinya semasa kecil.
“Saya suka fikir masa depan. Biar kita buat persediaan pada awal.
“Dari kecil pun saya sekolah di luar, saya nak anak rasa apa yang saya lalui waktu kecil.
“Bagi saya, macam mana pun nak pilih sekolah terbaik untuk anak,” jelasnya.
Sebelum ini, Anzalna dan usahawan, Mohamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 6 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia tiga tahun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia tgk melayan je anzalna ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
pikir la anzel, duit ada semua pon jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki sungguh sheol ni. Muka lawa gila, dpt husband yg betul2 syg dia then ank2 herlok, laki pon berduit |
|
|
|
|
|
|
|
mmg skrg mak2 mcm ni kan plan siap2 dah
anzalna ni lawa gila tgk..baju2 jakel tu elok je terletak dia pakai ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kosser baca tajuk kata dah jumpa sekolah tapi dalam tulis tak kisah mana selesa. Buang masa aku baca |
|
|
|
|
|
|
|
Effortlessly beautyyyyy..berhijab atau rambut kepok2 anzel mmg letops sejak dr dulu. X pyh pakai segala maknekek filter pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik warna purple tu ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah besar nanti mesti ada iras nicholas saputra deduanya |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 17-2-2025 12:38 PM
mmg skrg mak2 mcm ni kan plan siap2 dah
anzalna ni lawa gila tgk..baju2 jakel tu elok je terletak d ...
Ha ah..dia pakai terletak je rasa nk beli tp kena la sedor diri cutting tak sama![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya anaknyaa. Meols suka budak rambut kerinting ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Yer memang cantik orangnya
Kulit putih bersih gebu2 pinkish
Suami pun sayang
Anak2 pun sempurna kacak2 herlok
Duit pun banyak
Maka nikmat manakah lagi mahu kau dustakan
Eloklah dia fokus kat anak2 dan family
Keje2 luar tu hanya sekadar sampingan je
Rezeki dia tak perlu struggle |
|
|
|
|
|
|
| |
|