View: 12574|Reply: 1
|
[Dunia]
Lelaki rompak kedai emas, semata-mata nak beri hadiah untuk girlfriend
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki diburu polis selepas dipercayai mencuri rantai emas untuk dijadikan hadiah kepada teman wanitanya sempena Hari Kekasih pada Jumaat.
Pemilik kedai emas melaporkan suspek berbadan besar, memakai jaket hitam dan berseluar hitam ketika masuk ke premisnya di sebuah pasar pada pukul 2 petang.
"Dia mendakwa ingin menjual emas dan kemudian meminta untuk menukarkannya dengan rantai emas dan gelang.
"Pemilik kedai ingin melihat emas tersebut terlebih dahulu untuk menilai nilainya.
"Lelaki itu keluar dan kembali sekitar 4 petang dan mendakwa teman wanitanya menghilangkan emas itu," kata polis.
Kejadian berlaku di Bang Kaew di daerah Samut Prakan, Thailand.
Situasi menjadi tegang apabila suspek mencuri rantai emas dan menyuruh pemilik kedai masuk ke dalam bagi mengelak bahaya.
Suspek yang memohon maaf menggunakan isyarat tangan juga menjelaskan dia terdesak inginkan wang.
Menurut polis, pemilik kedai kemudian mengaktifkan penggera, menyebabkan pencuri itu berhenti daripada mengambil barangan kemas lain.
"Suspek kemudian mengambil telefon kedai untuk menghalang pemilik menghubungi polis, dengan alasan dia membawa senjata bagi menakutkan pemilik," katanya.
Brigedier Jeneral Polis Wichit memaklumkan pencuri tersebut bertindak sendirian dan tidak bersenjata.
Sebagai peringatan, Hari Kekasih merupakan antara perayaan dilarang dalam Islam dan bersifat haram jika diraikan oleh Muslim.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Niat tak menghalalkan cara yer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|