View: 3612|Reply: 3
|
Shah Rukh Khan Cucuk Zakar Sebagai Rawatan Alternatif
[Copy link]
|
|
“Saya sangka puluhan jarum halus dicucukkan ke leher sudah cukup menakutkan, rupa-rupanya ada situasi lebih teruk daripada itu.”
Shah Rukh Khan (SRK) dalam satu wawancara berseloroh mengakui pernah melalui momen memalukan apabila menjalani rawatan alternatif bagi meredakan masalah sakit belakang kronik suatu ketika dahulu.
IG
Bintang Bollywood itu berkata, menjalani akupuntur pada bahagian alat sulit atau zakarnya adalah antara pengalaman tidak dapat dilupakan.
Menurutnya, dia sepatutnya perlu menjalani pembedahan pada bahagian leher, tetapi pada saat akhir memilih kaedah alternatif.
Ketika itu, doktor memaklumkan dia berisiko mengalami lumpuh jika tidak melakukan pembedahan dengan segera.
Bimbang prosedur merisikokan kegagalan, SRK terus bertemu pakar rawatan alternatif yang memberi kesan positif selepas menjalani rawatan selama setahun.
Tambah pelakon berusia 57 tahun itu lagi, biarpun kawasan yang dicucuk jarum halus tersebut bukan pada bahagian leher, hakikatnya kesakitan dialami kini sudah reda.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
OMG ada ye cucuk2 kat zakar ni? mesti doktor tu dibayar mahal berjuta2 rupee yaachh.. ekekek |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 19-9-2023 03:42 PM
OMG ada ye cucuk2 kat zakar ni? mesti doktor tu dibayar mahal berjuta2 rupee yaachh.. ekekek
Sakit kat leher.. cucuk kat kotee.. hahahs |
|
|
|
|
|
|
| |
|