View: 13071|Reply: 6
|
Lutut Tiba-Tiba Ada Bunyi Meletup, Bella Dowanna Jalani Pembedahan
[Copy link]
|
|
Pelakon Bella Dowanna terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu akibat kecederaan pada bahagian lutut kaki kanan yang dikenali sebagai meniscus tear.
Kata Bella atau Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 20, kecederaan tersebut dialami ketika dia sedang menjalankan latihan untuk drama terbaharu berjudul The Cadets.
"Ketika tengah menjalani latihan tiba-tiba saya terdengar bunyi lutut meletup dan terus jatuh. Rasa sakit sangat sampai susah nak bergerak. Pada awalnya saya rasakan mungkin masalah ACL.
"Masa duduk dalam sakit itu saya menangis sebab latihan yang dilakukan itu adalah untuk babak terakhir drama tersebut.
"Saya terus ke hospital untuk lakukan pemeriksaan dan ujian MRI mendapati ada bahagian terkoyak atau meniscus tear," katanya ketika dihubungi mStar.
Bella terduhulu turut berkongsi gambar sedang menerima rawatan di hospital berkenaan dan atas nasihat doktor dia perlu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun pelakon ini bercadang untuk menangguh dahulu prosedur berkenaan untuk menghabiskan sesi penggambaran drama lakonannya itu.
"Babak selepas ini semuanya melibatkan saya. Kalau saya tiada kasihan pula orang lain terpaksa tangguh. Jadi saya perlu habiskan komitmen dahulu.
"Selesai sahaja penggambaran nanti barulah saya akan ke hospital semula untuk lakukan pembedahan. Saya tak nak buat sekarang kerana boleh menyusahkan orang lain.
"Doktor juga beritahu pembedahan tersebut boleh dilakukan bila-bila masa tetapi jika terlalu lama keadaan akan jadi lebih teruk," ujarnya.
Berkongsi keadaan terkini, Bella ketika dihubungi memberitahu dia masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Sekarang saya diberi ubat tahan sakit selain menjalani fisioterapi. Saya boleh berjalan tetapi tidak boleh berdiri lama.
"Kata doktor lepas pembedahan nanti, saya perlu enam minggu untuk pulih. Sebab itu saya fikir elok tangguh dahulu pembedahan," jelasnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni macam tetiba jadi gemuk kan |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm anak buah iols lutut meletup gak sbb main bola.
Solat takleh nk lipat lutut tu so kena duk atas kerusi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mau lepas kuo spital ramping.mcm kes..F baru ni.masuk spital sbb cedera kt mata kuo ramping.kekekekeke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi: Mcm anak buah iols lutut meletup gak sbb main bola.Solat takleh nk lipat lutut tu so kena duk atas kerusi.
Saya alami hal yg sama, lutut terseliuh kerana gopoh naik tangga, 3 mata anak tangga je pun. Punyalah sakit shnga berjalan terpaksa pakai tongkat. 3 bulan lalui keadaan begitu, dn solat juga tak boleh duduk tawarruk, apa lagi duduk iftirasy maka solatlah atas kerusi. Saya buat rawatan sendiri, hari2 urut kaki dgn minyak urut, dan pakai knee guard. Alhamdulillah, skr dah sembuh dn boleh solat berdiri lagi. Tongkat pun dah hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 lutut aku kna meniscur tear.. tp doctor x suggest utk operate..just inject gel n buat fisio.. 1st kna kiri.. 2thn pastu.. lutut belah kanan pula alami benda yg sama.. doktor ckp sbb yg kanan tu kje keras masa kiri sakit.. masa 1st mri tu mmg nmpk sikit tear tu.. lama aku nk pulih.. nk blari x bole.. nk naik turun tga sakit.. bdiri lama sakit.. asyik mkn pain killer.. sampai la aku pkai aulora pants.. alhamdulillah syukur aku x perlu ubat.. hr2 aku pkai.. berat bdn pn aku jg.. |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 19-9-2023 12:25 AM
Mau lepas kuo spital ramping.mcm kes..F baru ni.masuk spital sbb cedera kt mata kuo ramping.kekekeke ...
baru nak komen yg ni juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|