CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12293|Reply: 0

Rossa Punca Cakra Khan Terkenal Di Malaysia, Menitis Air Mata Atas Pentas Kenang Arwah Bapa

[Copy link]
Post time 18-9-2023 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Pemergian seorang insan bergelar bapa meninggalkan kesan cukup besar dalam hidup penyanyi Cakra Khan.


Semasa Konsert Dream Collaboration Vol. 4 Cakra Khan yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Ahad, penyanyi berkenaan sempat mendedikasikan sebuah lagu berjudul Monster nyanyian James Blunt kepada Allahyarham bapanya iaitu Hermana.






Kata Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 31, lagu tersebut mengingatkan tentang kisah seorang ayah yang sering kali menunjukkan rasa sayang dengan cara berbeza.


"Lagu ini seperti menggambarkan hubungan antara saya dan bapa kerana kadang-kadang setiap individu itu menunjukkan rasa sayangnya dengan pelbagai cara.


"Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa agak sedikit berbeza dengan ibu... untuk menjadikan kita seorang individu lebih baik,” katanya.


Tatkala menyanyikan lagu tersebut, Cakra dilihat tidak dapat menahan sebak dan sempat mengalirkan air matanya.


Sebelum itu, Cakra meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat memberikan penghargaan buat orang tuanya itu.


  



Justeru itu, penyanyi ini menitip pesanan kepada penonton untuk menghargai ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.


"Apa yang saya sesalkan sehingga sekarang, saya tidak pernah memberi mereka sebuah penghargaan seperti apa yang mereka berikan kepada saya.


"Buat teman-teman (penonton) yang ada di sini, jika masih mempunyai ibu bapa bahagiakanlah mereka... luangkan masa bersama mereka," ujarnya.


Penyanyi yang sebelum ini pernah menambat hati juri di America’s Got Talent 2023 melahirkan rasa penghargaan dengan mengucapkan terima kasih rakan artis iaitu Rossa kerana menjadi individu pertama yang membawanya ke Malaysia.


"Sejujurnya, Rossa merupakan insan yang membawa saya ke Malaysia buat pertama kali... bersama-sama menjayakan konsert beliau.


"Jadi sampai bila-bila saya akan kenang kerana tanpa Rossa tidak mungkin saya ada di sini. Terima kasih Rossa," jelasnya.
Konsert Dream Collaboration Vol. 4 Cakra Khan menampilkan 16 buah lagu termasuk Setelah Kau Tiada, Mencari Cinta Sejati, Hal Hebat, Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.


  



Selain persembahan solo, Cakra turut menyanyi bersama penyanyi jemputan iaitu Nadeera serta Riri Moeya menerusi lagu Seluruh Cinta dan Terlanjur Cinta.


Bukan hanya itu, selepas menyanyikan 16 buah lagu, Cakra menunaikan permintaan peminat yang memintanya menyanyikan sebuah lagi lagu.


Konsert tersebut diserikan dengan sebuah lagi lagu tambahan atas permintaan peminat iaitu Terlanjur Cinta nyanyian duet asal bersama penyanyi Hael Husaini.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.224467 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list