CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15936|Reply: 0

Azizulhasni kembali berlatih

[Copy link]
Post time 18-9-2023 05:57 PM | Show all posts |Read mode

Azizulhasni alami kemalangan ketika latihan Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR: Tahap kecederaan Datuk Azizulhasni Awang tidak serius dan jaguh berbasikal trek negara itu sudah kembali menjalani latihan ringan di Velodrom Nasional Nilai sejak semalam.

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, beliau dimaklumkan oleh ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley yang Azizulhasni hanya mengalami melecet di bahagian tangan dan kaki pada satu sesi latihan, Jumaat lalu.

"Beliau tak hadapi kecederaan serius. Saya sudah bercakap dengan ketua jurulatih, John Beasley dan beliau mengesahkan Azizulhasni hanya melecet di tangan dan kaki. Beliau juga sudah menerima rawatan di ISN untuk beberapa hari.

"Saya juga sudah dimaklumkan semalam, beliau sudah kembali ke velodrom untuk latihan ringan. Jadi itu petanda baik kerana Sukan Asia pun sudah dekat," kata Amarjit kepada media selepas sidang media pengenalan penaja utama, Tourism Malaysia yang akan menaja jersi Raja Bukit bagi edisi kali ini.



Jumaat lalu, Azizulhasni dalam laman sosial miliknya memaklumkan terbabit dengan kemalangan ketika sesi latihan di Velodrom Nasional, Nilai.

Menerusi perkongsian video berdurasi 36 saat di Facebook menyaksikan jaguh negara itu seperti melambung ketika berada di selekoh dalam usahanya untuk mengejar motosikal pada sesi latihan terbabit.

"Saya mengambil berat dengan situasi dialaminya tetapi selepas bercakap dengan jurulatih dan sebagainya, saya pun lega bahawa kecederaan beliau tidak serius dan beliau sudah secara beransur-ansur sudah kembali jalani latihan ringan.

"Saya percaya pasukan ada penasihat sendiri. Memandangkan beliau sudah dibenarkan kembali menjalani latihan, jadi saya rasa ia satu keputusan menyeluruh oleh semua pihak termasuk jurulatih, pelumba dan doktor yang sudah merawat beliau.

"Mereka sudah melakukan keputusan yang betul dan keputusan untuk benarkan beliau kembali jalani latihan, ia adalah berdasarkan nasihat perubatan," katanya.

Di Sukan Asia Hangzhou nanti, Azizulhasni dijadual menyertai dua acara iaitu pecut dan keirin individu.

Pada edisi sebelum ini di Jakarta-Palembang 2018, Azizulhasni berjaya meraih satu pingat emas dalam acara pecut selain membantu skuad pecut berpasukan membawa pulang perak dan gangsa untuk acara keirin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ni-kembali-berlatih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.316765 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list