View: 10480|Reply: 0
|
Inter Miami, Messi 'serbu' Atlanta
[Copy link]
|
|
Lionel Messi dan Inter Miami tidak kalah dalam 13 perlawanan bagi semua pertandingan sejak kehadirannya dua bulan lalu. – Foto Twitter Inter Miami CF
ATLANTA, Amerika Syarikat: Inter Miami bertandang ke Atlanta bagi pertemuan kedua dalam Major League Soccer (MLS) musim ini menentang United awal pagi esok.
Miami mengalahkan Atlanta 2-1 pada 6 Mei lalu dalam MLS serta 4-0 pada peringkat kumpulan Piala Liga-Liga pada Julai lalu.
Miami hadir selepas menang 3-2 ke atas Sporting Kansas City pada 9 September lalu dan menyasarkan untuk melebarkan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan bagi semua pertandingan.
Pasukan berpangkalan di Fort Lauderdale itu ketinggalan 14 mata di belakang Atlanta.
Perlawanan pagi esok menandakan kepulangan semula jurulatih Miami, Gerardo Martino, yang melatih Atlanta dari 2016-18 dan mengemudi kelab itu menjuarai Piala MLS pada tahun 2018.
"Tidak kira apa yang berlaku pada Sabtu, Inter Miami mahu terus mencatat kemenangan," kata Martino kepada The Athletic.
"Semua perlawanan kami penting bagi melayakkan diri ke playoff, tetapi ia tidak menjejaskan kecintaan saya terhadap kelab, bandar raya ini dan dua tahun yang gemilang itu.
"Saya perhatikan pasukan Atlanta ini makin berkembang. Pemain baharu menyesuaikan diri dengan baik."
Lionel Messi terbabit dalam 16 gol Miami dalam 11 perlawanan bagi semua pertandingan sejak membuat penampilan sulung bersama kelab itu pada 21 Julai lalu.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu mengumpul 11 gol dan lima umpanan gol dalam tempoh itu.
Susulan kehadiran Messi di Atlanta, Five Stripes menjangkakan lebih 70,000 penonton akan membanjiri Stadium Mercedes-Benz bagi menyaksikan perlawanan itu. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... messi-serbu-atlanta |
|
|
|
|
|
|
| |
|