CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1710|Reply: 0

3 tonggak Harimau Malaya sandaran Tok Gajah

[Copy link]
Post time 16-9-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode

AZAM (kiri) sandaran Sri Pahang. FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG

Kuantan: Tiga pemain Sri Pahang FC yang bersama Harimau Malaya akan menjadi nadi utama skuad Tok Gajah apabila berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, beliau bersyukur tiga pemain itu iaitu kapten pasukan, Sergio Aguero, Nor Azam Azih dan Nur Shamie Iszuan Amin bebas daripada kecederaan.

"Walaupun mereka tidak bersama rakan sepasukan pada sesi latihan kerana bersama Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa, khidmat mereka amat ditagih berdepan KL City.

"Oleh itu saya harap dapat menyenaraikan kesebelasan terbaik untuk memastikan Sri Pahang dapat memberi saingan kepada tuan rumah. KL City ketika ini membuktikan mereka berada pada prestasi terbaik terutama di bahagian serangan yang diketuai kapten pasukan, Paulo Josue dan Kipre Tchetche.

"Tetapi jentera tengah dan pertahanan KL City juga mantap yang memerlukan Sri Pahang perlu bekerja keras menyekat serangan dan pada masa sama, Sri Pahang berusaha untuk menjaringkan gol," katanya.

Ditanya Sri Pahang bakal mempertaruhkan gandingan Kpah Sherman dan Lucas Silva di bahagian serangan, Fandi belum memuktamadkannya.

"Sebenarnya saya mengharapkan dua penyerang ini untuk mengetuai bahagian serangan tetapi ia bergantung kepada senarai terakhir pada hari perlawanan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sandaran-tok-gajah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.725480 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list