CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11360|Reply: 88

Nourul Wahab Bertengkar Dengan Suami Gara-Gara Isu Selisih Faham Anak

[Copy link]
Post time 16-9-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Perselisihan faham antara penyanyi Nourul Wahab dan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hubungannya bersama suami.


Menurut Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, sepanjang 11 tahun berkahwin dengan Eric, ini merupakan kali pertama mereka bertengkar disebabkan emosi terganggu.







Meskipun Eric atau Eric Daniel Depp memilih untuk tidak mencampuri urusan Nourul dan Ayu, namun dia tetap mengambil berat tentang apa yang berlaku terhadap isterinya itu.


"Sudah tentu perkara ini memberi kesan kepada rumah tangga saya. Eric tidak gembira apabila melihat isterinya dalam keadaan begini.


"Saya pun berkelakuan agak tegang ketika itu kerana sedang marah. Suami saya seperti Ajai juga... Dia tidak mahu masuk campur tapi dia tahu apa yang terjadi di antara saya dan Ayu.


"Sudah tentu suami saya jadi tidak senang hati. Sepanjang perkahwinan kami selama 11 tahun, ini kali pertama bertengkar... setakat berselisihan faham itu biasalah," katanya kepada mStar.






Disebabkan oleh kemelut yang berlaku, Nourul seperti hilang fokus terhadap keluarganya termasuk tidak dapat memberi perhatian kepada tiga orang cahaya mata lain.


"Saya jadi kurang fokus kepada tiga orang lagi anak saya sebab terlalu fokus kepada situasi (perselisihan faham dengan Ayu) itu.


"Akhirnya kami berbincang dan saya sedar hal ini tidak patut berlaku kerana kami masih mempunyai tiga orang anak yang perlu diberi perhatian.


"Eric menasihati saya untuk terus bersabar dan saya bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami," ujarnya.


Sebelum ini, Nourul mengakui wujud konflik dan perselisihan faham antara dan Ayu yang menyebabkan dirinya berkecil hati.


Kata Nourul, dia berharap masalah dalaman keluarganya ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa urusan campur tangan mana-mana pihak.


Pada Rabu lalu, Nourul berkongsi foto dirinya ketika hamil dan menceritakan situasi sebelum melahirkan anak pertama sekitar 23 tahun lalu.






Tulisan Nourul itu seperti menggambarkan bahawa penyanyi itu berkecil hati dengan anak perempuannya yang didakwa seakan-akan meminggirkan dirinya selepas mempunyai 'ibu baharu'.


Untuk rekod Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Febuari 2007.


Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23.


Kemudian Ajai berkahwin dengan Liza pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric pada 6 Jun 2012.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Xdak cite lain ke….
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Putus urat tetek ke dia ni? Sekejap cakap itu ini bla bla bla salahkan netizen tuduh reka cerita tak betul. Lepas tu mengaku pula memang ada gaduh dengan anak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 16-9-2023 01:27 PM
Putus urat tetek ke dia ni? Sekejap cakap itu ini bla bla bla salahkan netizen tuduh reka cerita tak ...

Dia tgh spin cerita. Nak nampak dia betul. Post pasal anak ni dah lama jugak kan . Cuma viral post yg dia bersalin tu .
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun pusing mcm ni plak dh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam aku baca, lain.
Hari nie statement die mengesahkan cerita yang die mmg ada masalah dgn anak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2023 02:16 PM | Show all posts
Kalo cenggini le mkin jauh la dak ayu tu. Mak pun tak sudah2 kluar statement. Smalam lain, hari ni lain, esok lain plak. Entah le minah kari ni. Nmpk dia yg tak tenang brbanding ank dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:18 PM | Show all posts
forever jiwa kacau sebab perangai dia terpaling kena dihormati hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Makna kata laki french kecut dia tu pun rengsa juga la dia duk emo2 dgn anak tu
Kalu sapot (ie mak betul, anak salah) takde la sampai bergado laki bini
Makin byk ko bukak mulut makin bukak pekung sendiri jer ko ni
Dulu mmg kesian juga la, bukan kecik anak kena mental torture dgn si ajai tu, sampai rasa takde self worth dah....masa tu reti pulak simpan kemas dr pengetahuan public
La ni dah idup bahagia pulak yg tak reti nak tutup aib keluarga, duk gi hambur seluruh kampung menda yg patut settle sendiri2 saja, buat modal org mengata saja

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:27 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 16-9-2023 01:27 PM
Putus urat tetek ke dia ni? Sekejap cakap itu ini bla bla bla salahkan netizen tuduh reka cerita tak ...

menopos mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:29 PM | Show all posts
skang ni apa masalah nurul dengan anak dia? acik porum tolong lukis kan? acik norul tak boleh terima hakikat anak nya lebih kan nenek? lebih kan mak tiri? atau lebih kamceng ngan maria paridah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau nak apa sebenarnya Nurul?

Anak tu diam tak berkutik
Ekau dari haritu beria bagi statement sana sini
Sekarang nak cakap ekau tortokan

Gila betul dapat omak macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya dari awal lagi tak perlu post benda2 yg mengundang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:12 PM | Show all posts
idup dia tak tenteram....nak semua at the same time...dia nak jadi expat, hidup sebagai taitai expat tapi dia tak dpt sepenuhnya dia tak berkawan or takde kekawan expat yang ajak2 dia berkopi2, at the same time, dia teringin nak lepak2 dgn kekawan di kay el tapi dia busy dgn anak2 di bali, dia nak anak dia ikut telunjuk dia mcm anak2 dia kecik lagi tu, tp ayu dah 25thn, dah dewasa dan ada bofen pulak tu...tu yang jiwa dan fikiran celaru
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:27 PM | Show all posts
Nk jgk cerita pasa laki x hensem die ni.
Hari tu mase covid up video shirtless pun orang x berminat
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:41 PM | Show all posts
nanti nurtizen komen, dah tuduh nurtizen memandai2 pulak. bulih tak settle dlm family wasep grp ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling tak suka la mak2 ni ngadu pasal anak kat socmed. Like ei, mothers aren't always right ok. Belajar terima kekurangan dan kesilapan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nk blame anak ko ke penyebab ko gaduh dgn laki ko? Jgn ko tua nnt kena tinggal sorg2 dah ler.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak selesaikan dgn  baik jgn bwk ke media social acik Norul
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
terserlah dkk nya gambo pakai baju bali tu
korang nak expect apa kalo spisis dkk...putar la selagi boleh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.209202 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list