CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3535|Reply: 15

5 Vokalis Wanita Lokal Alaf Milenium

[Copy link]
Post time 16-9-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Mengambil contoh Hollywood, Beyonce, Adele dan Lady Gaga berdiri sebagai antara penyanyi wanita yang memberi dampak seputar awal era 2000-an, bahkan hingga sekarang.


Kuasa seni suara mereka diperakui secara global apabila bukan sahaja masih lazim di bibir peminat tetapi turut dibuktikan dengan deretan anugerah serta trofi yang datang dari sudut kualiti dan populariti.


Di Malaysia pula, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Dayang Nurfaizah, Misha Omar dan Liza Hanim sekadar menyebutkan beberapa nama telah sekian tahun mencipta fenomena tersendiri dengan listrik dan keunggulan vokal masing-masing.






Waktu bergulir dan posisi mereka masih utuh sehingga sekarang. Seiring evolusi, tahun demi tahun, hadir bakat baharu yang menjadi sebutan dan mencuri perhatian peminat.


Bukan membunuh sebaliknya memeriahkan, Gala minggu ini merangkumkan nama-nama vokalis wanita lokal handalan yang digeruni saat muncul di pentas pertandingan.


  



AINA ABDUL


VOKALIS handalan pertama, tidak lain dan tidak bukan, pastinya Aina Abdul atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani. Terkenal dengan kualiti dan kawalan vokal luar biasa, wanita berusia 29 tahun itu menjadi sorotan dek fesyen artistik dan eksentriknya. Awalnya, perjalanan seni anak kelahiran Johor Bahru itu tidak mudah biarpun bergelar naib juara Mentor Legend (2014). Lama ‘bergelut’ untuk disedari, akhirnya selepas enam tahun dalam industri, Aina memecah kebuntuan arus perdana dengan single berhantu, Semalam.


Pencapaian tertingginya apabila berjaya menjulang trofi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-37 (Terus Hidup) selain baru-baru ini diangkat sebagai Penyanyi Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-35.


  



ERNIE ZAKRI


Seperti Aina, perjalanan seni Nur Ernie Shahirah Zakri atau Ernie Zakti juga penuh ranjau. Digelar ‘Queen of Headvoice Malaysia’, Ernie bermula dengan Bintang RTM 2009. Bergelar juara bukan akses mudah buatnya walaupun setelah menerbitkan album berjudul Sinaran (2011). Hanya selepas berduet dengan Syamel (yang kini suaminya) pada AJL32 menerusi lagu Aku Cinta dan memenangi Vokal Terbaik, barulah namanya jadi sebutan.


Pada AJL35, Ernie juga meraih trofi Vokal Terbaik menerusi Gundah. Tahun lalu, dia diangkat pula sebagai pemenang Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) menerusi Sinar Mata Hati dan dua trofi utama lain pada edisi yang sama.


  



NADEERA


Sezaman dengan Aina Abdul, Nadeera Zaini atau kini menggunakan nama pentas Nadeera melengkapkan senarai Top 5 vokalis wanita tempatan paling digeruni. Naratif seni Nadeera, 29, sangat panjang dan tidak semua menyebelahi nasibnya. Dua kali menyertai program realiti iaitu Vokal… Bukan Sekadar Rupa dan Mentor Legend, Nadeera gagal menyerlah dengan baik. Lama menyepi, Nadeera akhirnya menebus kekecewaan apabila diangkat sebagai juara Big Stage musim kelima (BS5). Pasca BS5, ramai mengharapkan lonjakan Nadeera.


Seperti Aisha, dia perlukan perlukan pasukan tepat untuk menyerlah dan menolak kerjaya nyanyiannya ke hadapan. Lihat sahaja liku ditempuhi Aina sehingga berjaya pada tahap sekarang. Kejayaan tidak datang bergolek atau orang Barat bilang, Rome wasn’t in a day!


  


AISHA RETNO


Masih berstatus penyanyi underrated, Aisha Retno barangkali belum sebaris dengan Aina, Ernie mahupun Marsha dari segi populariti, namun bakat nyanyiannya memang tidak boleh dinafikan. Menang tempat ketiga Big Stage musim keempat (BS4), Aisha bukan sahaja vokalis hebat bahkan mampu mengendalikan alat muzik seperti piano dengan baik.


Satu perihal pergelutan Aisha dalam arus perdana adalah dia cuma memerlukan satu atau dua killer song atau pentas besar seperti AJL seterusnya membuka mata ramai betapa sebenarnya dia layak bersimbah kemilau gemerlapan seperti vokalis wanita popular lain. Barangkali, Aisha cuma perlukan pasukan pemasaran yang bijak mengendalikan kerjaya seninya.


  



MARSHA MILAN


Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh memiliki perjalanan karier yang sangat menarik. Dia sezaman dengan Mawi yang dahulu dikenali sebagai Raja SMS dalam Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Marsha berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan tersebut sementelah Mawi merupakan juaranya.


Selepas 18 tahun usai AF3, jenama Marsha meroket dengan kualiti vokal yang masih utuh. Pentas AJL36 menjadi saksi apabila berketurunan Kadazan-Dusun itu dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu berjudul Cinta.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2023 12:07 PM | Show all posts
Nadeera dgn Aisha belum ada produk yg dikenali ramai.


Baik letak Vanessa Reynauld
Sheols better live singer compare dengan Retno.
Dan lagu sheols lagi dikenali



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
achik kalu tgh mkn dgq depa nynyi nada tinggi,achik mute
nnti mkn tersedak
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 01:40 PM | Show all posts
tinggi kalau tak merdu pon tak best..jadi bingit dan seksa. takat ni cuma tokti masa muda ja yg boleh nyanyi tinggi tapi masih kedengaran sedap.siap boleh buat lenggok suara lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 06:37 PM | Show all posts
lagu baru nedeera - emas tu best, selalu repeat jugak


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols still prefer kak yah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Marsha tone suara dia special.. lain2 tu hmpir sama smua tp okla utk zmn skg yg ketandusan pnynyi bgus
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aishah Retno? Hello?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 10:02 PM | Show all posts
Wahai TT, bukan ke alaf dan millenium ni maksudnye sama

Alaf - seribu tahun
Millennium - seribu tahun

Alaf millennium - 2k?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
aisha who ? nadeera who ?
list nie berdasarkan apa..berdasarkan siapa jerit paling kuat ke..kalau lantang baik letak tom abg puad je dia pun kuat jugak jerit masa nyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 16-9-2023 12:07 PM
Nadeera dgn Aisha belum ada produk yg dikenali ramai.



Sedap2 lagu vaneesa, suara pun best.
Sesuai jadi ratu ost drama/filem
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadeera tu iols tak kenal langsung sbb tak tgk  semua rancangan yg dia masuk

Muka ada iras ayu oiam tp suara dia kecik je
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:46 AM | Show all posts
Nadeera tu tak kenal pula,,, first time dengar pasal dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
codenamedream replied at 16-9-2023 12:07 PM
Nadeera dgn Aisha belum ada produk yg dikenali ramai.



eh ni malaysian ke? muka mcm ummah negro
suara mcm indon tp suka la dgr. first time dgr lagu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:01 AM | Show all posts
alahai gambo aishah retno tu..xde gambo lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 20-9-2023 08:57 AM
eh ni malaysian ke? muka mcm ummah negro
suara mcm indon tp suka la dgr. first time dgr lagu ni.

Malaysia kan berbilang kaum
Vanessa ni Chindian. Bapak India, Mak Cina.
Genetic bapak kuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.085393 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list