View: 5474|Reply: 26
|
Tayang Badan Six Pack Dalam ‘Malbatt Misi Bakara’, Ikhram Juhari Bukan Menunjuk
[Copy link]
|
|
Aksi tayang badan pelakon Ikhram Juhari dalam filem Malbatt Misi Bakara menarik perhatian penonton sehingga ramai mula menyedari kewujudan aktor ini.
Dipuji pandai menjaga badan, Ikhram atau Mohamad Noor Ikhram Juhari, 31, yang digelar sebagai abang takraw dalam filem itu menjelaskan tujuannya berkongsi video tubuh di media sosial bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Sebaliknya, Ikhram berkata dia mahu memberi kesedaran kepada orang awam bahawa askar juga perlu untuk mempunyai semangat bagi mendapatkan bentuk badan sedemikian.
"Sebelum ini orang ramai hanya mengetahui bahawa bomba sahaja mempunyai six pack.
"Tapi, tujuan saya muat naik video tanpa baju adalah untuk memberitahu orang ramai, askar juga perlu buat badan.
"Mereka juga ditugaskan untuk menjaga negara jadi perlu ada badan sedemikian. Saya sebenarnya nak naikkan nama askar," katanya kepada mStar.
Berkongsi mengenai rutin dilakukan untuk mendapatkan bentuk badan idaman, Ikhram berkata dia membuat latihan fizikal dalam tempoh dua bulan.
"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2015, tapi untuk diet (bagi filem ini) saya buat paling sekejap. 2 bulan 10 hari sahaja.
"Saya tidak makan karbo, cuma makan ayam rebus dan ambil protein. Selain daripada itu tidak ada apa," ujarnya.
Gara-gara memiliki tubuh idaman, pelakon ini mengakui jumlah pengikutnya di Instagram dan TikTok semakin bertambah.
"Di Instagram, daripada 47,000 sekarang naik dah nak sampai 55,000 pengikut. Di TikKok pula, sebelum ini daripada 38,000 sekarang mencecah hampir 50,000," ujarnya.
Ikhram juga mendedahkan bahawa dia tidak menerima sebarang kiriman mesej berbaur lucah, malahan peminat hanya melontarkan kata-kata positif selain bertanya cara untuk mendapatkan bentuk badan idaman.
"Mereka yang mesej ini bagi kata-kata positif. Mereka hargai dan nampak kesungguhan kita untuk buat kisah berkenaan askar Malaysia.
"Ada juga yang tanya progres buat badan. Berkenaan mesej berbaur lucah, memang tiada setakat ini. Semua benda positif sahaja," katanya.
Sebelum ini, Ikhram mendapat perhatian ramai apabila membuat hantaran gambar dan video berkenaan sixpacknya di akaun media sosial miliknya.
Rata-rata peminat meminta Ikhram untuk berkongsikan tips untuk mendapatkan badan seperti itu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
askar training course banyak.. bukan semata nak buat badan cantik jeee... and mostly badan askar kita mmg fit2...
tapi tidak utk pulis... majoriti gendut... how nak kejar perompak? |
|
|
|
|
|
|
|
hensem mamat ni cerah sungguh dia…. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat tak seberapa dia ni. Iols percaya heols akan jadi the next herol ajerin |
|
|
|
|
|
|
|
Badan heols sedappp nokk |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal jugak kaki gym ni. Kenapa diorg suka tayang body? Sbb nk dpt body mcm ni susah ye uols. Even kalau cucuk steroid pun tak masuk gym hari2 tak jaga makan mmg tak menjadik. Kire mcm 1 kepuasan gitu pada diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Ak geli tengok badan dorang berpeluh berminyak berlemuih dalam filem tu. Turn off btl |
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm ada iras2 sikit zul esbok
mohon betul2 jaga jangan jadi terlalu esbok sangat..
mcm ni pun dah okkkk |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 16-9-2023 04:17 PM
askar training course banyak.. bukan semata nak buat badan cantik jeee... and mostly badan askar kit ...
Pulis xde masa nak training
Byk abis masa bertugas
Tu x jaga badan esp yg keja opis
Askar slalu kat kem mmg ade training je |
|
|
|
|
|
|
|
tak salah pun tunjuk, kami tau bukan senang berkorban nafsu makan untuk dapatkan dan maintain badan macam tu, yang kami marah, dah tau berlipat2 nak juga pakai legging... grrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
but why pulis2 thailand ke indo ke jumpa jaga trafik ramping2 je sis...
pulis2 kita hmmm susah nak cakap
|
|
|
|
|
|
|
|
cntik bdn dia
rakyat marhein xyh la over sado esbok
sado fit fit dh ok
xyah lah lebo lebo
geli tgk bdn beso mcm trnasformer
orgmsia gedabak2
yg tlbih sado, yg montel lg gendut
baik pompuan baik laki even ankdara
xjg pmknan dan senam |
|
|
|
|
|
|
|
Sempga dapat tido dekat doxpacknya sambil dirangkul erat2 oleh irham |
|
|
|
|
|
|
|
eh kalau muka herlok badan pun herlok haruslah ditunjuk. moga dapat ku gosok2 n belai badannya itu. semaknya org sebelah tu, tgk muka pun tak lalu nasib dia x bukak baju. |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas skodeng ig abam. muka abam lebih kurang, muka laki si hidung PZ |
|
|
|
|
|
|
|
irvene replied at 16-9-2023 11:03 PM
eh kalau muka herlok badan pun herlok haruslah ditunjuk. moga dapat ku gosok2 n belai badannya itu. ...
Kan kakak. Dah helok sedap takkan nak sorok kan.. iols teringin nak baring atas perut heols yg kekar |
|
|
|
|
|
|
|
Body mantaps weh, ketinggian pun not bad la utk lelaki Melayu. Aku suka kalau body mcm tu. Tak suka yg buat badan kt gym tp part atas jdi mcm kotak. Pastu dh la pendek, nmpk mcm Humpty Dumpty pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi skang dah x nmpk berlakon drama dah.. klu tak micheal Ang selalu amik dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
Awat tek mcm tek pompuan? ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan adik jul esbok ke ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|