CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1570|Reply: 1

Kilafairy Beli Rumah Tapi Lebih Selesa Menetap Di Kediaman Arwah Ibu

[Copy link]
Post time 15-9-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Sudah dua tahun memiliki kediaman sendiri, penyanyi dan pelakon Kilafairy bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk terus menetap bersama keluarga.


Kata Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, dia lebih seronok sentiasa berada di samping ibunya semasa arwah Rohana Jalil masih hidup dan menghabiskan masa bersama keluarga.






"Dua tahun yang lalu, saya membeli rumah ini kerana salah satu aspirasi saya adalah untuk memiliki kediaman sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun.


"Saya mengubahsuai dan rumah ini kelihatan menakjubkan... bagaimanapun saya hanya sempat tinggal di sana selama dua kali kerana saya sangat terikat dengan Mama.


"Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyewakan rumah tersebut, tetapi Alhamdulillah ia diuruskan oleh penyewa yang bertanggungjawab," katanya.


Kilafairy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian yang dibuat, kediaman milik pelakon filem Karak itu dilihat berkonsepkan moden minimalis dengan memilih rona putih sebagai tema.






Kilafairy turut meluahkan rasa rindu untuk menetap di kediamannya sendiri, namun menyifatkan dia lebih merasai kasih sayang dan selesa apabila tinggal di rumah keluarga.


Tambahnya lagi, rumah berkenaan menyimpan seribu kenangan yang mengingatkannya kepada Allahyarham ibu.


"Kadang kala saya rindu untuk tinggal di rumah saya sendiri tetapi kasih sayang dan keselesaan yang saya rasai di rumah mama tidak ternilai.


"Di sinilah saya dibesarkan, di mana saya mempunyai banyak kenangan dan di mana saya rasa paling selamat dan disayangi.


"Setiap sudut rumah mama mengingatkan saya kepada dia... jika rumah yang saya diami sekarang ini mempunyai hati, ia merupakan hati mama," katanya.


Untuk rekod, Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil meninggal dunia pada 20 Jun lalu akibat kebocoran usus.


Rohana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sajalah nilai berita artikel psl artis sendu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.115314 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list