CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1503|Reply: 1

Nadia Brian Nangis Peminat Tegar Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 15-9-2023 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Nadia Brian menangis apabila dimaklumkan pemergian peminat setianya, Taufiq yang juga orang kelainan upaya (OKU).


Katanya, perasaan semakin sayu apabila arwah masih menyimpan hadiah pemberiannya termasuk wang tunai yang  disimpan untuk mengerjakan haji.






“Berita Taufiq menghembuskan nafas terakhir pada usia 25 tahun pada 1 September lalu dimaklumkan kakak arwah menerusi mesej dalam laman sosial.


“Kakak Allahyarham mesej saya baru-baru ini membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi kisah insan istimewa yang sentiasa mengikuti drama dan filem lakonan saya.


“Rezeki saya dapat berjumpa Taufiq ketika menyertai acara jualan Starvendors di Ipoh, Perak sekitar Januari lalu. Kakaknya beritahu dia minta dibawa bertemu saya.


“Apabila dapat berita Taufiq sudah pergi dan amat menghargai pemberian saya hingga mahu simpan duit itu untuk mengerjakan haji, saya sebak,” katanya


Sebelum itu Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi 32, memuat naik video pertemuan dengan Allahyarham bersama kakaknya, Fariha dalam Instagram.






Tambah pelakon filem Badang itu, perkongsian berkenaan sekadar mahu mengingatkan semua peminat supaya sentiasa menghargai orang sekeliling.


Pada masa sama Nadia mengakui pertemuan dengan insan istimewa itu turut menyedarkannya jangan sombong atau berasa diri sudah berada ditahap terbaik.


“Saya bersyukur sentiasa dapat jumpa dengan orang yang sayangkan saya, sekali gus sebagai peringatan kepada diri sendiri untuk berbuat baik.


“Sokongan Allahyarham akan saya kenang sampai ke akhir hayat,” ulasnya yang kini giat menjalani latihan teater Pak Pandir Dan Labu Ajaib.


Bakal berlabuh di Istana Budaya pada 13 hingga 15 Oktober depan, kata Nadia dalam kesibukan mempersiapkan diri menjayakan persembahan pentas, dia tetap turun padang bertemu peminat.


“Sebelum ini saya banyak buat kerja kemasyarakatan dengan pertubuhan atau agensi kerajaan, tetapi sekarang sambil berniaga jamu keluaran sendiri. Kiranya ini serampang dua mata.




Sumber: HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 02:10 PM | Show all posts
Salam takziah
Moga roh arwah dicucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan yg beriman
Al-fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.151476 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list