CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 3

Eksperimen Paling Lama, 61 Hari Pindah Buah Pinggang Babi Kepada Manusia

[Copy link]
Post time 15-9-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan pakar bedah Amerika Syarikat (AS) mengambil masa 61 hari bagi menjalankan eksperimen prosedur pemindahan buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik kepada pesakit mati otak, sekali gus mencipta rekod eksperimen prosedur paling lama.


Pengarah Institut Pemindahan Langone Universiti New York, Robert Montgomery yang mengetuai pembedahan itu berkata, percubaan itu sebahagian daripada bidang penyelidikan yang semakin berkembang bertujuan memajukan pemindahan rentas spesies terutama menguji teknik, pada badan yang didermakan untuk sains.


"Kami mempelajari banyak perkara sepanjang dua bulan pemerhatian dan analisis yang teliti dan ada sebab yang bagus demi masa depan," katanya.




Reuters




Prosedur itu pemindahan xenotransplant kelima yang dilakukan Montgomery, yang turut menjalankan pemindahan buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik pertama di dunia pada September 2021.


Tisu yang dikumpul semasa kajian menunjukkan proses penolakan ringan bermula, yang memerlukan pengukuhan ubat imunosupresi.


Babi penderma dalam eksperimen ini berasal dari kawanan yang diusahakan syarikat bioteknologi, Revivicor yang berpangkalan di Virginia.


Kawanan itu juga diluluskan Pentadbiran Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) sebagai sumber daging untuk orang yang hipersensitif kepada molekul alpha-gal, alahan yang disebabkan beberapa gigitan kutu.


Babi ini dibiakkan, bukan diklon, bermakna prosesnya boleh dipertingkatkan dengan lebih mudah.




Reuters




Penyelidikan awal tertumpu pada penuaian organ daripada primat, sebagai contoh, jantung babun dipindahkan kepada bayi yang baru lahir dikenali sebagai Baby Fae pada tahun 1984, tetapi dia bertahan hanya 20 hari.


Usaha semasa memberi tumpuan kepada babi, yang dianggap sebagai penderma ideal untuk manusia kerana saiz organ mereka, pertumbuhan pesat, selain haiwan itu diternak sebagai sumber makanan.


Pada Januari 2022, pakar bedah di Sekolah Perubatan Universiti Maryland menjalankan pemindahan jantung babi kepada manusia pertama di dunia ke atas pesakit yang masih hidup.


Dia meninggal dunia dua bulan selepas prosedur penting itu, dengan kehadiran sitomegalovirus babi di dalam organ kemudian dipersalahkan atas kematiannya.




Reuters




Minggu lalu, saintis China menerbitkan kajian yang menunjukkan mereka berjaya dalam buah pinggang hibrid babi dan manusia, di dalam embrio babi, pendekatan alternatif yang berpotensi membantu menangani kekurangan pendermaan organ pada masa akan datang.


Namun, perkembangan itu menimbulkan isu etika kerana beberapa sel manusia juga ditemukan dalam otak babi.


Setakat ini, lebih 103,000 orang menunggu pemindahan organ di AS dengan 88,000 daripadanya memerlukan buah pinggang.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 01:19 PM | Show all posts
Allahuakbar... hanya dengan kuasa Allah

Biaq la mati dari pakai buah pinggang babi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa guna binatang??

Yang manusia punya dah xde ke??

Manusia dah pupus ke kat dunia ni

Adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp guna babi jgk? Org utan ka monkey ka kera ke lagi serupa manusia tak nk pulak dia try
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049995 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list