CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4537|Reply: 33

"Kalau Rasa Nak Pilih Dua-Dua, Abah Bermimpi," Anak Lelaki Pernah Nasihat ND Lala Ceraikan Siti Munirah

[Copy link]
Post time 14-9-2023 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Anak lelaki Datuk ND Lala, Amir Syafiq mendedahkan dia pernah menasihati bapanya untuk menceraikan isteri baharu bagi menyelesaikan konflik dalaman keluarga mereka.


Sekiranya ND Lala memilih untuk kekal bersama isteri kedua iaitu Siti Munirah Abdul Ghani, bapanya itu akan kehilangan Fauziah serta empat anak.


Foto:mStar




"Ini adalah perkara yang saya cakap dengan dia (ND Lala). Abah, kalau sayang mak, sayang anak-anak, ceraikan dia (isteri baru). Cakap elok-elok dengan dia. Dia akan faham. Dia baru 33 tahun dan ada jalan yang masih panjang.


"Tapi kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural.


"Saya cakap lagi, tapi kalau abah rasa nak pilih dua-dua, abah bermimpi," katanya di TikTok teman wanitanya dikenali sebagai Eiza Idanie.


Anak kedua daripada empat adik beradik itu memberitahu dia menyayangi kedua-dua ibu bapanya secara sama rata tanpa melebihkan mana-mana pihak.


Kata Syafiq lagi, keluarganya kini melalui kehidupan normal seperti biasa meskipun tanpa ketua keluarga.


"Saya nak bagi tahu dekat abah, kami dekat rumah ni okay sahaja walaupun abah tiada sebab abah yang kami kenal itu bukan abah yang sekarang ini.


"Kalau abah yang sekarang ini ada dekat rumah, orang (kami) pun tak nak," ujarnya.


Pada 8 September lepas, ND Lalu melalui satu hantaran video tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlalu di antara dirinya, bekas isteri dan juga isteri baharunya.


ND Lala turut menjelaskan berkenaan penularan video yang memperlihatkan dirinya memegang telefon merakam anaknya iaitu Amir ditemani Eiza ketika memulangkan sebuah kendekraan milik isterinya mudanya.


Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos.


Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah.


Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 1989 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 09:05 AM | Show all posts
apak ko lagi kemaruk pek muda....ko suruh dia pilih.

pek muda mana yang mau apak ko? Dah bersyukur sangat apak ko tau dapat si munirah. mana boleh let go





Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:05 AM | Show all posts
apak let go pek tua ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:07 AM | Show all posts
Dia ni ja yg nampak tak meroyan berbanding dgn adik beradik yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:22 AM | Show all posts
udah2 le, abah nya pun dah kerepot org nk gossip pun malas
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:23 AM | Show all posts
si munirah tu baru 33? tak boleh nk huduh lg ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2023 09:38 AM | Show all posts
kesian kat anak2.. kena pikir lak kemelut mak pak dia..
susah berbini ramai ni..
nak bahagikan kasih bukan mudah
besok kau sakit.. dah satu hal sape nk menjaga...
hati bini tua dah tawar.

bagus la juga cerai.. lantakkan aje tua nanti.. ex bini dah aman2 goyang kaki dengan anak cucu..  dia entahkan beranak kecik pulak nanti.. almaklum bini muda lagi kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:52 AM | Show all posts
HelgaPataki replied at 14-9-2023 09:07 AM
Dia ni ja yg nampak tak meroyan berbanding dgn adik beradik yg lain.

...sebab pekung dia lagi berbau sis.... natijahnyaaaaaa perbuatan mak xila pada bekas menantu dan cucunya, mak xila kena tinggal jua... merasa ye..

Tuntutan mutaah berjumlah RM20,000 yang diperintahkan mahkamah juga gagal dilunaskan oleh adik Shila Amzah.
“Lebih membingungkan, bekas mentua saya seolah-olah merelakan perbuatan anak lelaki mereka yang langsung tidak bertanggungjawab, termasuklah mengendahkan kewujudan zuriat tunggal kami,” ujar Anis sambil mengenangkan nasib yang bakal dilalui anak dan dirinya.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata, Amir Aryan Khalish yang berusia tiga tahun setelah bernikah pada 31 Ogos 2014, namun tidak sampai setahun menempuhi alam perkahwinan, mereka bercerai pada 15 Mei 2016.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... obile=1&mobile=
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 09:53 AM | Show all posts
Anak-anak pun tak suka apaknya kawin lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:55 AM | Show all posts
bapaknya kesah plak ngan mak ko yang dah monopos
harus lah dia cari pek muda walaupun takde rupa dan gendut
begituuuu iols body shaming
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 10:18 AM | Show all posts
ada jer citer psl fmly lalat low class ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 10:30 AM | Show all posts
Euw anak dia tak hensem nya semua ikut muka pak lalat tak hensem, cadar pun muka bapak tak lawa.. sialalat je lawo sikit sebab ikut muka dgn gedik mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
awex^returns replied at 14-9-2023 09:55 AM
bapaknya kesah plak ngan mak ko yang dah monopos
harus lah dia cari pek muda walaupun takde rupa dan ...

Hahahahhhahahhahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 10:35 AM | Show all posts
dlm kes ni apela pompuan2 smue bodo ehh
yg ex bini terkial2 lg mengharap si nd powerpoint ni
yg bini mude pon aje bengong je pcik ni kemain bnyk redflag dgn skem2 smua
xpaham lahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Capiklalat oi. Apak kau dah kahwin dah pun. Yang kau sibuk nak menghasut suruh ceraikan tu dah kenapa? Takde nasihat yang lebih baik ke kau nak bagi kat paklalat? Kau pulak jadi iblis hasut orang bercerai berai. Siap suruh pilih antara 2, nak bini muda ke maklalat. Baik kau suruh paklalat, maklalat & mamalalat tu bincang elok2, atau pergi kaunseling, atau kau report kat pejabat agama sebab paklalat poligami tanpa izin mahkamah (kalau boleh sabit kes). Dengan statement kau ni silap haribulan kau boleh dituduh menghasut pasangan bercerai tau.

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 10:44 AM | Show all posts
Tapi kalau abah pilih dia, abah kena ceraikan mak dan abah akan kehilangan anak-anak semua kecuali saya sebab saya sangat natural.


Neutral la dey.
Natural apekah? Natural beauty?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 10:56 AM | Show all posts
kenapa masa dah tua yg patut fikir akhirat & topup benda2 lagho buat masa muda, tp dok fikir psl pompuan lg eh? ni soalan general sbb ada jiran meols (arwah dah) pun kawen dua di kala usia dah senja. just why men why?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:48 AM | Show all posts
jadi betul la yg shila selalu hint2 actually dua2 mak pak dia ni toxic...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tunggu jela bpk ko kne strok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Org laki ni konon mamajee yg nak cerai ...so?
You ingat just because you minta izin , mamajee wajib bagi so you can have your new experience?
Mamajee pun dah hinted no money ..nak bermadu lagi lah teruk...oklah mamajee kira Allah lepaskan benda tak elok ...kasi you rehat .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.178961 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list