View: 4023|Reply: 18
|
Daripada Bayar Denda, Saya Lebih Rela Dipenjara – Abdul Hadi Awang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Hadi Awang memilih penjara sebagai hukuman terhadapnya jika mahkamah mensabitkan kesalahan ekoran ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau bersedia dihukum oleh mahkamah sama ada dalam bentuk denda atau dipenjara dalam tempoh tertentu, namun menegaskan ‘memilih penjara’.
Katanya, daripada membayar denda dalam jumlah tertentu, adalah lebih baik ia disalur kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Foto: Utusan
“Saya sedia menunggu untuk dibicarakan di mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda. Saya pilih penjara, daripada denda, baik bagi (salur) kepada Pasti.
“Dan saya percaya, kalau saya dihukum nanti, sudah tentulah saya tidak layak lagi menjadi Ahli Parlimen. Maka, pilihan raya kecil (PRK) pula berlaku di Marang. Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding (selepas itu),” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.
Presiden Pas itu berkata, sudah banyak kali dipanggil memberi keterangan sama ada di pejabat atau pun di Ibu pejabat Polis Bukit Aman selepas laporan polis dibuat ke atasnya.
“Bagaimanapun, saya beri layanan sebaik-baiknya kepada polis dan mereka beri layanan baik kepada saya,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi ketika berucap dalam Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Markas Pas kawasan Bakri dilaporkan mendakwa, cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah adalah tidak sesuai dengan apa yang diajarkan Islam.
Katanya, pihak yang berhak memberi pengampunan ialah ahli keluarga seseorang yang menjadi mangsa jenayah bukannya lembaga pengampunan.
Media sebelum ini melaporkan, kertas siasatan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi berhubung mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserah kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya kini sedang menunggu sebarang arahan susulan daripada Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, rasuah perlu ditangani secara menyeluruh, adil dan saksama tanpa berlaku kezaliman ke atas yang dituduh.
Ini kerana, katanya Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka perlu dibicara kerana tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA) dalam kehakiman Islam.
“Walaupun lepas mahkamah dunia, tidak akan lepas di mahkamah akhirat. Orang yang ada iman akan sanggup dihukum di dunia,” katanya. – CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan lebai nk menipuu..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Tuan Guru diberi kekuatan melawan kezaliman terhadapnya |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la dok dlm penjara.. Takde la keluar fatwa aneh2 nnt... |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn ayoh chik pun madanon nak aniaya, apetah lagi rakyat marhaen dkt bwh2 ni lagi la ditekan..
#NonFiraun #madanonZalim |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 13-9-2023 07:06 PM
Kata Yusuf A.S, Ya Allah jika kehidupan aku didalam penjara adaler lebih bererti dari aku hidup didunia luar, maka aku lebih rela utk berada didalam penjara supaya dapat berada dekat padaMU, dari aku hidup didunia luar dgn manusia manusia pendusta..."
Chaiyok Hady Bawang , chaiyok ...
@rainbowrainz... |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 13-9-2023 05:34 PM
Semoga Tuan Guru diberi kekuatan melawan kezaliman terhadapnya
Pok pek pok pek je kerja ko...satu sen ko tak boleh bagi nak tolong Hadi Awang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la duduk penjara...boleh bertekukur
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 13-9-2023 07:07 PM
Pok pek pok pek je kerja ko...satu sen ko tak boleh bagi nak tolong Hadi Awang tu
Shut up jawa. G balik Indon bersama @friska |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 13-9-2023 07:09 PM
Shut up jawa. G balik Indon bersama @friska
Engko Melayu boleh bercakap je...hapah pun takde...berkompang je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Aku still tak boleh lupa amanat dia mengkafirkan UMNO. Sebab dia ni la, kg aku ada dua tempat solat. Satu di surau, satu lagi di markaz PAS. Sebab dia jugak, org2 kg aku saling memulau. Ada yg tak hadir kenduri klu org umno yg sembelih. Ada yg x pi solat jenazah adik beradik. Klu org lain panggil dia ulama, aku panggil dia pemecah ummah. |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 13-9-2023 08:59 PM
Aku still tak boleh lupa amanat dia mengkafirkan UMNO. Sebab dia ni la, kg aku ada dua tempat solat. ...
Kes Mamali tu berpunca dari Amanat si Tua Celaka ni lah.
Lepastu dia boleh sepentas dgn Mahathir demi kuasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg dh bercerai mmg selalu bergaduh, hanya sesama sendiri je kenal baik buruk pasangan memasing.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak cokop jomlah lebai ooiii?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan dia mimpi jumpa Nabi dah 3 kali....ada tgk video yg disampaikan oleh Arwah Tan Sri....xkan nak menipu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 13-9-2023 12:59 PM
Aku still tak boleh lupa amanat dia mengkafirkan UMNO. Sebab dia ni la, kg aku ada dua tempat solat. ...
Kawasan perumahan i pun ada dua masjid.. satu masjid utk org pas. Gitu la perangai nye pecah belahkan sesama islam. Tgk muka dia susah betul nk nmpak ulamak nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuklahh penjara ..tapi jgnlah pulak mengharapkan layanan mcm najib pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|