CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2697|Reply: 0

[Kelantan] Pekebun tuntut pampasan tanaman rosak angkara gajah liar

[Copy link]
Post time 13-9-2023 11:07 AM | Show all posts |Read mode

PEKEBUN mahu kerajaan memberi pampasan kepada pemilik tanaman yang mengalami kerugian disebabkan serangan haiwan liar di Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.




GUA MUSANG: Lebih 300 pekebun di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini mahu kerajaan memberikan pampasan yang setimpal selepas tanaman yang diusahakan musnah angkara gajah liar.

Rata-rata pekebun mendakwa, sejak tiga tahun kebelakangan ini mereka menanggung kerugian besar mencecah ratusan ribu ringgit apabila tanaman seperti pisang, kelapa sawit dan getah yang diusahakan sering dirosakkan haiwan berkenaan.

Wakil pekebun, Wan Ab. Talib Wan Jusoh, 69, berkata, mereka sangat berharap pihak kerajaan dapat merangka dasar baharu berhubung pemberian pampasan termasuk mewujudkan Tabung Bencana Haiwan Liar untuk membantu pekebun terjejas.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan mereka sering dibelenggu masalah modal sekali gus menjejaskan pendapatan.

“Kita sebagai pekebun kecil yang mengusahakan kelapa sawit dan pisang berharap ada sedikit sagu hati daripada pihak berwajib agar menambah semangat untuk terus mengusahakan tanaman.

“Serangan haiwan liar secara berterusan yang berlaku menyebabkan pekebun mengalami gangguan daripada segi mental, kewangan, masa dan tenaga. Jadi, saya berharap supaya tindakan ini dilaksanakan segera oleh pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi pekebun, Zahari Daud, 53, memberitahu, sepanjang tempoh dua tahun ini empat kali proses pemindahan gajah dilakukan di kawasan kebun mereka di RPT Kesedar Sungai Terah.

Katanya, sepanjang tempoh kejadian serangan gajah liar, pekebun terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

“Selama ini kami tidak pernah menerima sebarang ganti rugi dan menanggung kerugian sendiri ke atas tanaman yang musnah.

“Kita harap pihak kerajaan dapat mewujudkan pampasan atau sagu hati untuk memberi sokongan moral kepada pekebun yang terlibat,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, cadangan mewujudkan tabung bagi pemberian pampasan kepada pekebun dan pemilik tanaman yang kerugian akibat serangan hidupan liar akan dibangkitkan kepada Kementerian Kewangan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2024.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perbincangan dengan Kementerian Kewangan akan diadakan dan garis panduan bagi dasar itu sudah disediakan.

Katanya, sebelum ini kerajaan hanya ada menyediakan tabung untuk pampasan bagi kematian atau kecederaan, namun kini, kerajaan sedang melihat tabung sagu hati bagi masalah pencerobohan kebun dan harta benda yang dialami termasuk untuk masyarakat Orang Asli.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... angkara-gajah-liar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.062149 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list