|
Gara-gara berang si isteri keluar rumah selepas bergaduh, seorang lelaki bertindak menyebarkan video adegan hubungan intim mereka.
Difahamkan pergaduhan tersebut berpunca daripada masalah rumah tangga yang sedang dialami.
Selepas video tersebut tular, dia kemudiannya ditahan polis di Mandailing Indonesia.
Gambar Hiasan
Okezone melaporkan, bukan satu video sahaja yang disebarkan tetapi empat adegan ranjang antara dia dan isteri.
Ketika disoal siasat, dia mengakui melakukan perkara tersebut kerana berasa sakit hati ditinggalkan isteri selepas pertengkaran berlaku.
"Awalnya dia mengajak isteri untuk berbaik tetapi wanita tersebut menolak.
"Dia kemudian mengugut untuk menyebarkan video lucah mereka di sosial media sekiranya isteri tidak pulang ke rumah.
"un begitu, ancaman berkenaan bagaikan tidak berhasil apabila wanita berkenaan enggan pulang sehingga menyebabkan dia menyebarkan video tersebut," ujar polis.
Tindakannya itu telah diketahui isteri dan mentuanya yang kemudian membuat laporan polis.
Dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.
Pihak polis turut mendedahkan lelaki terbabit pernah mempunyai rekod merakam dan menyebarkan video lucah bersama kekasihnya dahulu selepas pergaduhan berlaku. -CARI
Sumber: mStar Okezone |
|