CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 0

Tempat Menarik Di Ipoh: Makanan Halal, Kafe Cantik & Tempat-Tempat Yang Mesti Dikunjungi!

[Copy link]
Post time 13-9-2023 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Tempat Menarik Di Ipoh: Makanan Halal, Kafe Cantik & Tempat-Tempat Yang Mesti Dikunjungi!


Makanan halal, sedap & tempat menarik di Ipoh


Ipoh adalah sebuah kota tenang di Malaysia dengan makanan, budaya dan pemandangan indah. Selain daripada kopi putih Ipoh, tau fu fah dan lukisan dinding, Ipoh juga mempunyai gunung kars batu kapur, gua dan mata air panas yang tenang.

Sama ada anda mencari pengembaraan atau ketenangan, semuanya pasti ada di sini. Lihat panduan untuk perkara terbaik untuk dilakukan di Ipoh, termasuk tarikan yang wajib dikunjungi dan restoran, kafe bersama makanan tempatan yang terbaik di sini!


1. Concubine Lane


Photo Credits: @ronantjw


Dua jalan ini wajib dikunjungi apabila anda berada di Ipoh. Berjalan di lorong-lorong dengan kedai-kedai butik comel, kafe yang tenang, kedai-kedai pencuci mulut dan dinding-dinding yang dihiasi dengan lukisan dan seni jalanan.
Bersedialah untuk bergambar dengan latar belakang yang cantik dan pastikan anda singgah ke kedai yang menarik minat anda - anda boleh membeli perhiasan kecil dan cenderamata tempatan, tau fu fah, roti bakar keju pelangi, dan juga aiskrim di sepanjang jalan ini.

2. Kong Heng Square


Photo Credits: @gina.phillips


Photo Credits: @rafidaaaaaaaah


Photo Credits: @winnieeeeesia

Terletak tak jauh daripada Concubine Lane, Kong Heng Square adalah tempat yang menawarkan pelbagai jenis makanan (termasuk restoran, kafe Plan B), butik pakaian dan barang perhiasan. Tempat ini pernah diabaikan, tapi telah dibina semula sebagai tempat melepak yang ceria dan menarik di tengah-tengah kota Ipoh.
Ramai orang akan singgah ke Kong Heng Square Artisan Market di mana anda boleh temui gerai-gerai kecil yang menjual cenderamata, seni tangan, makanan dan banyak lagi!


Alamat: 75a, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak


3. BookXcess Kong Heng


Photo Credit: @keesymh


Photo Credit: @keesymh


Photo Credit: @isti.qmrh

Terletak di Kong Heng Square, BookXcess Kong Heng hanya mula dibuka pada April 2019 dan telah menjadi tempat menarik di sini. Yang uniknya, ruang ini dahulunya merupakan salah satu bank paling sibuk di Ipoh!
Diubah suai menjadi kedai buku yang baru, buku-buku di sini diletakkan di dalam peti simpanan bank dan kotak-kotak deposit lama. Elemen bank dari zaman 1980-an dikekalkan dalam keadaan asalnya, yang memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.

Alamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak


4. Muzium Yasmin Ahmad


Photo Credits: @ryanmohamad



Photo Credits: @nhmrfee


Photo Credits: @jelajournal


Bagi mereka yang menonton (dan meminati) filem-filem yang diarahkan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad, anda patut mengunjungi ke Muzium Yasmin Ahmad, sebuah muzium kecil dan unik (sekarang terletak di tingkat bawah BookXcess Kong Heng) yang dibina untuk mengajar dan memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mencipta filem dan skrip iklan sendiri, sama seperti Allahyarhamah Yasmin.
Walaupun ia merupakan ruang yang kecil, ia penuh dengan puisi, filem-filem dan gambar-gambar nostalgia- anda boleh habiskan sejam di sini untuk melihat semuanya.

Alamat: 91, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak

5. Lukisan Dinding di Ipoh Old Town


Photo Credits: @dhnshg


Bangunan-bangunan lama Ipoh dihiasi semula dengan beberapa lukisan dinding gaya tempatan dan unik oleh pelukis Lithuania, Ernest Zacharevic pada tahun 2014. Karya seninya ada di seluruh kota ini, di lorong-lorong dan di belakang bangunan-bangunan. Dapatkan peta dari Pusat Maklumat Pelancong yang akan membantu anda mencari semuanya!
Ini antara seni kegemaran kami yang anda patut cari:

  • Kopi O Ikat Tepi (tempat letak kereta di Jalan Tun Sambanthan)
  • Pak Cik Tua Minum Kopi (bertentangan Pusat Maklumat Pelancong Ipoh)
  • Lelaki Dengan Beca (di sudut Jalan Market)
  • Burung Madu Kuning (di Jalan Panglima)
  • Kanak-kanak Menaiki Kapal Terbang Kertas (di Jalan Tun Sambanthan)


6. Lost World of Tambun


Photo Credits: @zahidahzulkiffli_


Photo Credits: @nraliyana__


Photo Credit: @aido.h


Bagi mereka yang meminati taman tema, pastikan anda ke  apabila anda ke Ipoh! Dikenali sebagai salah satu tarikan mesra keluarga di Malaysia,  menawarkan aktiviti dan permainan di tengah-tengah landskap semula jadi yang indah.
Berseronoklah dengan menaiki roller coaster, berendam di mata air panas dan melihat rakun, rusa, dan arnab secara dekat di zoo haiwan jinak ini. Kami mencadangkan anda untuk meluangkan seharian bagi meneroka seluruh taman ini yang dilengkapi dengan persembahan api dan hutan berkilau yang misteri.

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

Sumber:https://www.klook.com/ms-MY/blog/tempat-menarik-di-ipoh-malaysia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.132860 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list