CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2818|Reply: 5

'Anak-Anak Pun Tak Mahu 'Daddy' Baru' - Azharina

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
"Anak-anak pun tak mahu 'daddy' baru," kata penyanyi, Azharina Azhar, 38, yang sudah 17 hidup sebagai ibu tunggal.


Azharina berkata, hidupnya juga sudah lengkap bersama dua anak angkatnya, Rahmat Azharin, 9, dan Redha Azharin, 6.






"Hidup saya tidak pernah sunyi walaupun sudah 17 tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal," katanya ketika diminta mengulas sama ada dia sudah bertemu pengganti selepas bercerai dengan ahli perniagaan sejak 2008.


"Saya pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini. Saya juga sudah ada anak yang melengkapkan hidup bersama keluarga. Hubungan dengan bekas suami pun masih baik.


"Jadual saya juga penuh setiap hari dengan pelbagai urusan karier seni dan perniagaan hingga kadang-kadang masih berjaga hingga jam 4 pagi.


"Saya tak nak harap lebih pun dalam hidup dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ketika ini," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya jika ada seseorang yang cuba mendekati, kata Azharina, tiada lelaki yang berani mengisi kekosongan hatinya setakat ini.


  



"Menurut ibu bapa, tiada lelaki yang berani nak dekat bila mereka tengok kehidupan saya. Kalau ada yang mahu mendekati pastikan anda berduit dan lebih dari saya sebab takkan saya nak sara lelaki pula," katanya.


Azharina berkata, jika ditakdirkan bertemu jodoh kelak, dia mahukan lelaki yang beriman dan boleh membimbingnya dengan anak-anak.


"Kalau ada jodoh adalah. Apa yang penting, lelaki itu harus mampu menyara hidup saya dan anak-anak. Buat masa ini, saya memang tiada teman istimewa pun," katanya.


Dalam perkembangan lain, Azharina yang bakal berentap di pentas All Stars Gegar Vaganza juga kerap berulang alik ke Melbourne, Australia kerana menguruskan perniagaan di sana.


"Sepanjang komitmen pada program All Stars Gegar Vaganza bermula 24 September nanti, urusan perniagaan akan diuruskan rakan kongsi di sana," katanya yang juga juara GV3 sebelum ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes apa kat Melbourne Tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 03:14 PM | Show all posts
Sheols ni dah tutup kepala ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Skg dah kertu. Lelaki nak ngorat pun bfikir. Tapi ada je yg nak cuba2 nasib manala tahu sangkut kannn.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahkak Deja Moss pun bertemu jodoh baru. Nun jauh jodohnya.
Kalau ada Azharina ada jodoh,moga dipermudahkan ya
Dulu dia kahwin sekejapp sgt kan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lol; 17 tahun hidup sebagai ibu tunggal, tetapi anak sulung baru 9 tahun, celah mana yang 17 tahun tu ibu tunggal? In this logic, beliau sendiri kot memilih untuk ambil anak angkat selepas solo..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.044628 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list