CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6647|Reply: 82

Minah Saleh 'Berang', 'Selar' Makanan Malaysia

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Disebabkan seleranya sudah bertukar, seorang pelancong asing dari Bahamas ‘menyelar’ Malaysia.


Menggunakan nama Lilith di TikTok, dia yang gemar mengembara mengakui tidak dapat melupakan keenakan pelbagai jenis makanan yang terdapat di Malaysia.








“Malaysia kita ada masalah okay. Kerana awak telah merosakkan mulut, khususnya selera saya kerana sekarang saya berada di Bahamas.


“Saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan yang bukan hanya Bahamas, tetapi hampir di mana-mana sahaja saya pergi seperti Thailand contohnya.


“Bagaimana saya rasa suka seperti ini? Saya harap saya kembali ke Malaysia. Perut saya boleh menjadi lebih gembira,” katanya.


Dia turut berkongsi bahawa dia seorang yang sangat cerewet tentang makanan dan bertanya adakah dia perlu berpindah ke Malaysia.


“Adakah saya hanya perlu berpindah ke negara yang makanannya terkenal. Dulu saya seorang pemilih makanan dan saya pergi ke sana (Malaysia), akan mencuba pelbagai benda.


“Sekarang lihat apa yang telah anda lakukan kepada saya? Fikirkan tentang apa yang telah anda lakukan,” ujarnya.







Video tersebut menerima pelbagai reaksi rakyat Malaysia yang terhibur dengan kenyataannya itu.


“Mari, roti canai panggil kamu kembali,” kata Yuri Yukikaze.


“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya sangat memohon maaf. Saya merasakan perkara yang sama setiap kali saya melancong ke luar negara,” kongsi ChianChianCute.


“Rakan saya dari Australia juga terus mengatakan kopi Malaysia paling sedap di dunia,” kata Fifizack. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa lah rider nak kasi up content dia guna nama malaysia, macam tak biasa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 04:49 PM | Show all posts
Kalau kita di negara mereka, jangan haraplah dapat layanan mesra..
Jenis ni memang suka up-up Malaysia untuk content padahal takde la depa bangga sangat pun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 05:02 PM | Show all posts
kalau nak cepat glamour, puji makanan indon dek..
nanti kau boleh duduk free kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 05:04 PM | Show all posts
elzy replied at 12-9-2023 04:49 PM
Kalau kita di negara mereka, jangan haraplah dapat layanan mesra..
Jenis ni memang suka up-up Malays ...


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: kalau nak cepat glamour, puji  ...
boleh makan babi guling free kat sana. Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 12-9-2023 05:02 PM
kalau nak cepat glamour, puji makanan indon dek..
nanti kau boleh duduk free kat sana..

Minah Saleh yang kwen dengan Indon sana pun kemain lawa bak patung ehhhh
Yang dari Rusia tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduklah sini makan tempe puas2...tengok friska pun happy saja...sekejap2 maluin maluin...sekejap2 maluin maluin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembang la tu jubo sekor2 netizen sambil menaip proud to be malaysian katanya [em:22:]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:54 PM | Show all posts
Huntunglah muka ko tantek..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 12-9-2023 08:54 PM
Huntunglah muka ko tantek..

Muka below par
Ko biar betul muka gini cop cantik? Lamberttt lgi
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 09:11 PM | Show all posts
bab kopi malaysia paling sedap tu betul

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 12-9-2023 09:11 PM
bab kopi malaysia paling sedap tu betul

Kopi yang mana?? Kopi kampung tu ke ? Ke kopi moden2 mcm starbuck
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 09:48 PM | Show all posts
evlinne replied at 12-9-2023 08:59 PM
Muka below par
Ko biar betul muka gini cop cantik? Lamberttt lgi

For averge Meleisyen cantik la ceni. Bagi la can dia nak pemes.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:21 PM | Show all posts
ada tertengok video ni kat TT

puji pujian cara tersirat

worang msia pulak pantang di puji,
ramai yang mudah kembang jubo
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:50 PM | Show all posts
next buat content cakap BM iyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 12-9-2023 07:31 PM
Minah Saleh yang kwen dengan Indon sana pun kemain lawa bak patung ehhhh
Yang dari Rusia tu

Yang bising bingit itu ke ? Natasha ke apa ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 04:08 AM | Show all posts
Clout chaser.... MO TikTok...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap-sedap makanan orang,tak pernah ku rasa makanan sndiri kalah dengan makanan orang.

Biar betul makanan kau dibesarkan kalah dengan makanan kau berkelana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe akan ada malaysian tastebud if ada partner malaysian.... Selalu nya american begitu... Bukan yang di buat buat... Depa ada yang makanan pedas ber beza sikit dari european... Paling ramai american yang married or pernah tinggal di malaysia depa akan chilli potong and soy sauce...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074992 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list