CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2250|Reply: 1

Dua Nelayan Jadi 'Transporter' Dadah Kena Tangkap Bersama Syabu RM660,000

[Copy link]
Post time 12-9-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Kepala Batas: Polis menahan dua nelayan bersama hampir 21 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih setengah juta dalam serbuan berhampiran jeti Kuala Bekah, di sini Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, dalam serbuan kira-kira jam 7 petang itu, dua nelayan berusia 42 dan 50 tahun dikatakan berperanan sebagai penghantar dadah dan baru mengambil bekalan di Penaga sebelum dibawa ke jeti berkenaan untuk dihantar ke Indonesia.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie (tengah) menunjukkan antara 20 bungkusan dadah disyaki jenis syabu dengan berat dianggarkan lebih 20 kilogram (kg) yang dirampas selepas menumpaskan sindiket pengedaran dadah, pada sidang media, hari ini. NSTP/Danial Saad



"Berdasarkan risikan, syabu bernilai RM660,000 itu dibawa dari Kuala Lumpur untuk dihantar ke Indonesia melalui bot di Pengkalan Bekah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini hari ini.


Mohd Asri berkata, suspek dipercayai memperoleh bayaran lumayan kira-kira RM4,000 bagi setiap kilogram syabu yang dibawa.


"Kegiatan terbabit mula dilakukan mereka pada awal tahun ini dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas dua suspek mendapati positif dadah, selain suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah," katanya.


Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama enam hari hingga Jumaat ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 07:31 PM | Show all posts
RM660k/21kg = RM31/g

Mahal ka murah?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.606368 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list