CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2766|Reply: 0

[Kelantan] Enam hari paling pilu

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:45 PM | Show all posts |Read mode

SAFIAH kehilangan tiga ahli keluarganya dalam tempoh seminggu. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Berdepan dengan tiga kematian ahli keluarga dalam tempoh enam hari bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Ibarat kering air mata Safiah Ali, 68, saat menangisi pemergian suaminya, Mohamad Kadir, 65, pada malam Isnin minggu lalu diikuti adik tirinya, Siti Shobariah Daud, 51, serta anak lelakinya, Mohd Pauzi, 39, masing-masing Jumaat dan Sabtu lalu.

Safiah berkata, kematian tiga ahli keluarganya dianggap dalam keadaan tidak bersedia kerana masing-masing tidak menunjukkan masalah kesihatan yang serius, malah suaminya ketika itu yang sedang dirawat di hospital menunjukkan tanda sembuh.




"Suami dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dirawat kira-kira sebulan kerana mengalami ulser dalam perut, malah dia sudah dibenarkan keluar sehari sebelum pemergiannya.

"Tidak sangka malam terakhir di dalam wad, suami dijemput Ilahi dan empat hari selepas kehilangannya, kami dikejutkan pula dengan pemergian adik (tiri) saya yang juga sedang dirawat di hospital sama.

"Adik menderita kanser ovari tahap empat yang baru sahaja dikesan dan dia juga tidak menunjukkan sakit yang serius namun Allah lebih menyayanginya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol, di sini, semalam.



Safiah berkata, ketika persiapan untuk proses pengebumian adiknya dibuat pada pagi Jumaat lalu, anak lelakinya Mohd Pauzi pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas.

Menurutnya, mereka sekeluarga menyangkakan tiada apa-apa yang serius, namun dihubungi pihak hospital pada malamnya memaklumkan anak lelakinya sudah tiada kerana serangan jantung.

"Allah sahaja yang tahu perasaan saya dan keluarga ketika itu. Belum kering lagi air mata meratapi dua pemergian insan tersayang, sekali lagi kami diuji dengan dugaan kematian dalam tempoh enam hari.

"Semua pergi dalam keadaan mengejut dan sukar sekali untuk terima hakikat ini namun takdir Allah sudah tertulis dan kami perlu reda," katanya.

Jenazah ketiga-tiga ahli keluarga itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol, di sini dengan pusara Mohamad serta Mohd Pauzi terletak bersebelahan.




Sementara itu, isteri Mohd Pauzi, Rosniza Zulkifli, 39, berkata, suaminya tidak menunjukkan perubahan ketara, sebaliknya kerap berpesan kepadanya kebelakangan ini agar menjaga ketiga-tiga cahaya mata mereka sebaiknya.

"Suami berpesan agar saya lebih kerap pulang ke kampung halaman di Pasir Mas memandangkan kami menetap di sini (Kampung Banggol) dan permintaannya itu seolah-olah memberi petanda dia akan pergi selama-lamanya.

"Pemergiannya sangat mengejutkan, malah ketiga-tiga anak yang rapat dengan arwah juga mengalami demam sehingga ke hari ini. Mungkin rindukan arwah yang rapat dengan semua anaknya," katanya yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai.



MOHD Sufian Mohamad menziarahi pusara Mohamad dan abangnya Mohd Pauzi di Tanah Perkuburan Islam Banggol, Kota Bharu. FOTO Siti Rohana Idris

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... am-hari-paling-pilu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.625040 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list