View: 2846|Reply: 29
|
Jejas 'Periuk Nasi' Pelatih Tempatan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Persatuan Pengunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) memohon kerajaan menilai semula keputusan membuka pengambilan masuk pekerja asing bagi sektor itu berikutan menjejaskan industri dan peluang kerja tenaga mahir tempatan.
Presidennya, TN Winda Mohd Tahir berpendapat, tiada keperluan mengambil pekerja asing kerana kemahiran anak tempatan sudah mencukupi bagi menawarkan perkhidmatan terbaik.
Gambar hiasan
Saban tahun katanya, negara melahirkan ramai tukang gunting profesional lepasan dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GiatMara dan pelbagai pusat akademi dan kemahiran lain yang diiktiraf kerajaan.
"Kita agak terkejut dan kesal dengan keputusan kerajaan biarpun sebelum ini dalam mesyuarat yang dihadiri bersama kementerian berkaitan kita sudah nyatakan perkara ini.
"Dari dulu memang kita tidak setuju mengambil pekerja asing mengisi perkhidmatan ini kerana jelas Malaysia ada tukang gunting profesional dari anak tempatan yang keluar dari pelbagai institusi bertauliah.
"Kesannya bukan saja persaingan kepada industri, malah menjejaskan peluang kerja anak tempatan yang berkemahiran dalam bidang ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan menawarkan kuota pengambilan 7,500 pekerja asing dalam tiga subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut dan emas serta pekerja tekstil yang dibekukan sejak 2009.
Mengulas lanjut, beliau berkata, isu lain yang dipertikaikan sama ada pekerja asing itu melepasi piawaian menggunting rambut di Malaysia.
"Dasar kerajaan menetapkan, perkhidmatan termasuk penggunting rambut perlu terampil menerusi kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3.
"Apabila pekerja asing ini dibawa masuk, adakah mereka ini mempunyai kelayakan menggunting rambut mengikut standard ditetapkan?
"Isu ketiganya perlu dilihat, tidak perlu membawa masuk dengan jumlah sebegitu ramai kerana ini hanya menguntungkan sebelah pihak yang berniaga saja sedangkan apa nasib anak tempatan yang ada kemahiran ini?" katanya MBBA saja mempunyai lebih 10,000 keahlian.
Justeru, katanya penilaian semula secara menyeluruh perlu dilakukan sebelum membenarkan kemasukan pekerja asing sektor itu.
"Yang terbaik kami berharap kerajaan dapat meneliti semula keputusan ini kerana memang tiada keperluan pun ambil orang luar apabila tenaga mahir anak tempatan sedia ada pun sudah ramai.
"Kalau pun mahu ambil pekerja asing bukan dalam jumlah ramai sangat dan sudah pasti perlu buktikan kemahiran mereka bertauliah sekurang-kurangnya SKM Tahap 2, supaya hasil guntingan mereka mengikut standard negara kita," katanya.
Jumaat lalu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika mengumumkan keputusan kerajaan berkata, kementeriannya bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperhalusi mekanisme bersesuaian untuk melaksanakan perkara itu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pemimpin Melayu sayang Bangla, Indon, Pakistan, Nepal, Rohingya, Bosnia, Vietnam sejak zaman Ketuanan Melayu UMNO  |
|
|
|
|
|
|
|
utama kan la anak sendiri
dari anak angkat |
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua sebab Melayu malas.  |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua cubaan dan usaha nak bawak msuk keling keling dr India... padahal banyak je tenaga mahir dlm malaysia.. bodoh kerajaan madani.. kera di hutan di susukan ..anak sendiri mati kelaparan |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni lama dah tak gi mamak/india gunting rambut ni
gi kedai melayu best, bersih, aircond kuat, untung dapat barber comei
tapi harga la mahal sikit, tapi tak kisah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak suka g mamak & india gunting rambut..
kalau melayu mahal sangat plak..dibantainya rm30 hari tu siap cuci rambut..aku ingat dalam rm15 boleh lagi gunting saja..tau2 dia dah syampoo rambut..
selalu g kt kedai acheh...rm10 ke rm12 je...yg cekik darah ada yg sampai rm15 |
|
|
|
|
|
|
|
Anak lelaki aku no.2 dia kata kawan dia kat University siap gunting rambut kawan2..seorang caj RM10..gunting pun lawa ala2 salon...bnyk duit budak ni dpt tiap bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
beautifulorchid replied at 12-9-2023 12:20 PM
ini semua cubaan dan usaha nak bawak msuk keling keling dr India... padahal banyak je tenaga mahir d ...
keseimbangan antara kaum bumi,cina,dan india penting tuk kekalkan kuasa...x cukup ngn apa yg ada...kita import.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku gunting sendiri je jimat
tak perlu nak stail sangat
buat stail belah tepi napi je  |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu gunting rm30 kedai hipsterz mamak15 hengget kedai basic. Result sama rambut kemas. Pilih |
|
|
|
|
|
|
|
melayu nak cepat kaya...charge mahal sangat...kalau termasuk cukur bulu ari-ari bleh tahan la gak |
|
|
|
|
|
|
|
Cina ada bising tak? Serius ni tanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
amiklah warga asing ganti menteri hanat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nape muntri sumber manusia dr dulu India, mot plk cina? |
|
|
|
|
|
|
|
tiada keperluan membawa masuk warga asing untuk menjadi tukang gunting rambut, tiada keperluan.
kajian siapa ni? kerajaan Madanon kalu tak menganiaya rakyat sendiri tak sah agaknya, ke jual manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
semua pasal duit la
banyak pihak dapat share dan komisyen
for every immigran yang masuk bekerja dalam negara nih
itu pasal mereka gigeh bawak masuk ramai2 ke negara nih |
|
|
|
|
|
|
|
mrseller replied at 12-9-2023 05:33 PM
Melayu gunting rm30 kedai hipsterz mamak15 hengget kedai basic. Result sama rambut kemas. Pilih
Tp melayu kena byr loan umah, byr anak sekolah, tanggung mak bpk tua, wife mgkin x keja berbanding bangla rumah pun majikan provide..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jual beli manusia lebih untung maaa... tukang gunting, nurse, amah, tukang sapu, cleaner, timbalan Perdana menteri... semua pun nak ambik dari luar  |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 12-9-2023 10:31 PM
Tp melayu kena byr loan umah, byr anak sekolah, tanggung mak bpk tua, wife mgkin x keja berbanding ...
Kalau itu justifikasi barber local dia caj mahal, client pun bayar loan rumah, bayar anak sekolah, tanggung parents, wife mungkin x keja justified jugak utk potong rambut 15 hengget instead 30 hengget. Sbb tu i cakap pilih. Potong rambut 30 hengget is too much, tambah sikit lagi dapat basmathi faiza kasmir 5 kg sekampit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|