CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 0

Sivasangari mara ke pusingan ketiga Qatar Klasik

[Copy link]
Post time 11-9-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

S. Sivasangari




PETALING JAYA: Selepas berehat panjang pada tahun lalu, S. Sivasangari nampaknya sudah hampir mendapatkan kembali prestasinya apabila dia beraksi cemerlang menewaskan pemain Amerika Syarikat, Olivia Clyne untuk mara ke pusingan ketiga pada Kejohanan Skuasy Qatar Klasik 2023 di Doha, Qatar, semalam.

Beraksi di Kompleks Tenis dan Skuasy Antarabangsa Khalifa, Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-44 dunia mengejutkan pemain No. 14 dunia, Olivia Clyne dari Amerika Syarikat 11-7, 11-5, 11-8 dalam masa 24 minit pada pusingan kedua.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah berusia 24 tahun tersebut tidak pernah menewaskan Clyne sebelum ini dengan rekod pertemuan berpihak kepada pilihan ke-9/16 itu 2-0.

Kekalahan terbaru menimpa Sivasangari ialah pada Terbuka Kanada, Februari lalu, apabila Clyne dipaksa bekerja keras sebelum mengetepikan Sivasangari yang pernah menghuni ranking ke-16 dunia dalam lima set di suku akhir.

Namun, kali ini Sivasangari berjaya membalas dendam ke atas pemain berusia 30 tahun itu dan merapatkan jurang rekod pertemuan mereka berdua kepada 1-2.

“Saya rasa kini saya lebih bersedia untuk mengharungi musim ini. Saya teruja dapat kembali beraksi dan semakin hampir mendapat prestasi terbaik saya.

“Saya gembira dapat menang 3-0, Clyne seorang pemain yang mampu bangkit, jadi, saya lega dapat menamatkan permainan dalam tiga set,” kata Sivasangari.

Pada pertengahan tahun lalu, Sivasangari ditimpa kemalangan jalan raya yang mengakibatkan dia mengalami kecederaan serius dan memerlukannya berehat panjang sebelum kembali aktif bermain pada awal tahun ini.

Sepanjang tempoh pemulihan, Sivasangari terpaksa menyaksikan ranking dunianya jatuh daripada tangga ke-16 menjunam ke No. 49 dunia dan secara perlahan-lahan dia memperbaiki posisinya yang kini berada di kedudukan ke-44 dunia.

Pada pusingan ketiga, hari ini, Sivasangari bakal berdepan ujian lebih getir apabila dijadual menentang pemain No. 3 dunia, Hania El Hammamy dari Mesir.

Dengan rekod pertemuan berpihak kepada Hania 3-1, Sivasangari yang dalam rangka persiapan bagi menghadapi Sukan Asia di Hangzhou, China, hujung bulan ini, pernah menewaskan pemain berusia 23 tahun itu pada suku akhir Kejohanan Skuasy Antarabangsa Wanita Chief of the Air Staff 2017.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/terkin ... iga-qatar-klasik-2/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051146 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list