CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2455|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk takut lepas lihat lembu mati dipijak gajah

[Copy link]
Post time 11-9-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Nik Arifin menunjukkan kesan darah lembu betinanya yang mati diserang gajah liar di Kampung Awek, RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Pekebun getah dan pisang di Kampung Awek, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini, gusar untuk keluar bekerja apabila ­semua mereka takut dan risau untuk memungut hasil ekoran amukan seekor gajah jantan liar kelmarin.

Kejadian berlaku apabila penduduk menemui seekor lembu betina yang mati diserang gajah berkenaan pada pukul 7 pagi selain 200 batang pokok pisang dan kelapa sawit telah dimusnahkan di dua buah kampung di RPT berkenaan sejak dua minggu lalu.

Seorang pekebun, Nik Arifin Nik Muhammad, 59, berkata, dia terkejut apabila seekor lembu betina peliharaannya mati dipercayai diserang haiwan liar itu.

Katanya, kejadian tersebut disedari oleh rakannya yang dalam perjalanan ke kebun.

“Saya sedih melihat bangkai lembu yang terbaring dengan ada kesan luka pada bahagian belakang badannya dipercayai ditusuk gading gajah. Ini keja­dian pertama sejak 15 tahun saya berkebun.

“Keadaan itu mengakibatkan kebanyakan pekebun takut hendak ke kebun sama ada menoreh getah atau mengutip pisang untuk dijual,” katanya.

Seorang pekebun di Kampung Lembaga, Ismail Awang Hamad, 60, pula berkata, dia beberapa kali terserempak dengan gajah selain melihat tapak kaki dan najis haiwan tersebut di kawasan kebunnya.

Katanya, setakat ini, lebih 100 pokok pisang dan 80 pokok kelapa sawit miliknya musnah dipercayai dirosakkan gajah berkenaan.

“Jika tindakan segera tidak diambil oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), berkemungkinan banyak lagi kebun penduduk akan musnah.

“Setakat ini, lebih 15 pekebun terjejas dengan masalah tersebut sehingga kami ketakutan untuk masuk ke kebun,” katanya yang telah melaporkan kejadian itu kepada Perhilitan pada 27 Ogos lalu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, operasi menangkap gajah perlu dilakukan segera di kawasan terlibat bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung para pekebun.

Katanya, langkah penyele­saian perlu diambil oleh pihak kerajaan terutamanya dengan membuat parit gajah atau pagar gajah.

“Pelbagai operasi telah dilaksanakan sebelum ini antaranya memindahkan gajah yang masuk ke kebun di kawasan RPT Ke­sedar Sungai Terah dan Subong,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... mati-dipijak-gajah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068381 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list