CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2713|Reply: 0

[Terengganu] Himpunan RXZ Member 5.0 mungkin yang terakhir?

[Copy link]
Post time 11-9-2023 10:03 AM | Show all posts |Read mode

Mohamad Faizal Mat Ali. Foto Malik Muhamad.

Kuala Terengganu: Penganjur Himpunan RXZ Member 5.0 belum memutuskan sama ada bakal meneruskan lagi penganjuran program itu atau sebaliknya pada tahun depan.

Malah pihak penganjur membayangkan penganjuran yang bermula edisi pertama pada 2017 itu mungkin yang terakhir pada tahun ini.

Pengarah program, Mohamad Faizal Mat Ali berkata, ia susulan ada peserta program terbesar di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak selama dua hari yang berakhir semalam menghadapi masalah termasuk ramai ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan motosikal masing-masing.

"Sambutan Himpunan RXZ Member 5.0 pada kali ini begitu meriah dan luar biasa berbanding RXZ Member 1.0 hingga 4.0, lebih 60,000 peserta seluruh negara hadir termasuk dari Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.

"Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyertai dan memeriahkan lagi program tahunan kali kelima itu yang menawarkan hadiah cabutan bertuah yang lumayan termasuk motosikal Ducati.

"Namun bagi saya ia begitu mengecewakan dengan apa yang berlaku sepanjang dua hari penganjuran itu kerana ada peserta ditahan dan motosikalnya disita pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan.

"Saya sendiri pun perlu berjumpa beberapa kali dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah itu kerana ramai yang meminta tolong kerana sambutan diterima daripada peserta luar biasa pada kali ini.

"Saya menangis kecewa dan buntu, namun saya tidak nafikan yang ditahan itu melakukan pelbagai kesalahan walaupun garis panduan dan peraturan sudah dimaklumkan.

"Jadi untuk Himpunan RXZ Member 6.0 pada tahun depan saya belum pasti sama ada program tahun ini yang terakhir atau sebaliknya," katanya ketika ditemui di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak.

Terdahulu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 126 motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang sembilan hari Operasi Khas Motosikal (OKM) peringkat negeri Terengganu termasuk peserta Himpunan RX-Z Member 5.0.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngkin-yang-terakhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15560 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17821 Replies : 8
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 40323 Replies : 81
Saman terhadap kerajaan, KJ berkaitan kesan vaksin COVID-19 bermula
JoyahMengayahSaman terhadap kerajaan, KJ berkaitan ke
Views : 7710 Replies : 93
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16474 Replies : 8
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4580 Replies : 34
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 24002 Replies : 685
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17238 Replies : 25
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066145 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list