CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5215|Reply: 0

Ahmad Jais pening pemain tonggak cedera

[Copy link]
Post time 10-9-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Jais (belakang kanan) bersama skuad sepak takraw negara sebelum berlepas ke Thailand untuk menjalani latihan menjelang Sukan Asia.

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun kini resah memikirkan tiga pemainnya yang mengalami kecederaan ketika hanya kurang 13 hari sebelum Sukan Asia Hangzhou membuka tirainya.

Tiga pemain itu terdiri daripada perejam, Azlan Alias dan Afifuddin Razali serta tekong, Haziq Hairul Nizam dengan semua mereka mengalami kecederaan ketika menjalani kem latihan pusat selama dua minggu di Ratchaburi, Thailand.

Azlan dilaporkan mengalami kecederaan hamstring, manakala Afifuddin mengadu mengalami masalah ketegangan di bahagian tengkuk dan Haziq ditimpa kecederaan di bahagian betis kanan.

Kecederaan Azlan dilihat sebagai tamparan buat Jais memandangkan pemain itu adalah tonggak penting skuad negara selain dia turut membantu Malaysia memenangi pingat emas acara regu di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.



"Kalau diikutkan kecederaan tidak serius, tetapi dalam masa terdekat ini mereka akan dihantar mendapatkan rawatan susulan di Institusi Sukan Negara (ISN).

"Kalau bagi saya, mungkin saya mengharapkan kecederaan ini tidak serius. Saya juga ada bertanyakan kepada pemain, dan mereka mengatakan mereka semakin pulih tetapi kami masih perlukan pengesahan daripada ISN.

"Sekiranya perlu membuat pertukaran, saya akan berbincang dengan pihak MSN (Majlis Sukan Negara) dan PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik bagi masalah ini," katanya.

PSM dijangka mengumumkan senarai akhir 12 pemain yang akan menggalas cabaran negara di Hangzhou Isnin ini dengan badan induk itu meletakkan sasaran satu emas dan satu perak.
https://www.bharian.com.my/sukan ... main-tonggak-cedera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055796 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list