CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5110|Reply: 0

[Kelantan] Jaga ibu bapa sakit di rumah, YBR sedia bantu remaja elak keciciran sekolah

[Copy link]
Post time 10-9-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Syaiful Rizal (kanan) menyantuni Rahayu dan Mazlan di rumahnya di Kampung Batu Jong hari ini. NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI

KUALA KRAI: Yayasan Bank Rakyat (YBR) sedia menanggung kos pembelajaran kelas tambahan di rumah seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai di sini, yang terpaksa ponteng sekolah bagi mengurus dan menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sakit.

Muhammad Adam Aizad, 14, terpaksa ponteng sekolah bagi menjaga ibunya, Rahayu Daud, 49, yang menderita penyakit buah pinggang tahap lima sejak lebih setahun lalu, selain menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi sehingga menjejaskan penglihatannya, manakala bapanya, Mazlan Latif,59, pula lumpuh akibat diserang angin ahmar.

Susulan itu, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, berkata pihaknya mengalu-alukan guru tuisyen atau mana-mana pihak yang boleh membantu mengajar Muhammad Adam Aizad belajar di rumahnya bagi mengelak remaja itu tercicir dalam pembelajaran.

Beliau berkata, YBR juga memberi sumbangan RM5,000 bagi mengurangkan beban ibu bapa Muhammad Adam Aizad membiayai kos rawatan pemeriksaan susulan, dialisis dan ubat-ubatan memandangkan mereka tidak mempunyai sumber pendapatan.



"Saya dimaklumkan Muhammad Adam Aizad yang juga anak tunggal terpaksa ponteng sekolah untuk mengurus dan menjaga ibu dan bapanya yang sakit.

"Justeru, saya mengalu-alukan mana-mana pihak atau guru tuisyen yang boleh membantu mengajar Muhammad Adam Aizad belajar di rumahnya dan kosnya akan ditanggung YBR kerana kami tidak mahu Muhammad Adam Aizad tercicir dalam pelajaran," katanya selepas menyantuni keluarga itu di Kampung Batu Jong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Rahayu berkata, kehidupan mereka tiga beranak bertambah baik apabila pelbagai pihak termasuk individu tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban ditanggung.

Beliau berkata, mereka sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang prihatin selepas kisah kedaifan mereka sekeluarga mendapat liputan media.

Katanya, hasil sumbangan orang ramai juga membantunya menjalani pembedahan memasukkan manik mata sebelah kiri pada Julai lalu, sekali gus membolehkannya berdikari dan menguruskan suaminya yang terlantar akibat angin ahmar.

"Sebelum ini penglihatan saya terjejas disebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun kini walaupun hanya sebelah mata saja boleh melihat, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang lain jika Muhammad Adam Aizad ke sekolah.

"Saya juga bersyukur kerana keadaan suami semakin pulih dan tiub susu yang dipasang di hidungnya juga sudah ditanggalkan sejak dua bulan lalu, kini boleh makan seperti biasa," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... maja-elak-keciciran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.438058 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list