|
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mengakui kekhilafannya suatu ketika dahulu apabila mengganggap dia boleh menjalankan perniagaan bersandarkan populariti semata-mata.
Bagaimanapun, dia akhirnya menyedari bahawa ilmu itu penting bagi menguruskan apa jua perniagaan yang ingin dibangunkannya.
Mengenepikan egonya, kata Fizo, dia mengusahakan perniagaan burger tepi jalan sehingga berjaya memiliki lebih 150 cawangan seluruh negara dalam tempoh dua tahun.
"Sebelum ini, saya rasa saya hebat, ada nama, saya selebriti, saya famous, saya boleh buat bisnes dengan populariti yang saya ada. Sebenarnya saya salah, bisnes perlu bermula daripada ilmu.
"Modal paling mahal adalah modal ilmu. Saya belajar dan bermula dengan bisnes burger. Saya mula berniaga tepi jalan, saya buang ego, jual burger di kaki lima.
"Alhamdulillah, dengan konsep memberi, sedar tak sedar bersama partner dalam dua tahun Allah izinkan kita ada 150 cawangan di semua negeri tanpa pinjaman bank, bantuan kerajaan, tanpa saya ada duit," katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik menerusi TikTok Innovative School of Management (ISM).
Fizo turut mengulas kelebihan modul yang ditawarkan oleh ISM bertepatan terutamanya untuk individu yang berlatarbelakangkan bidang selain keusahawanan.
Sumber: Gempak
|
|