View: 1899|Reply: 10
|
Hala Tuju Berubah, Vince Chong Berdepan Evolusi
[Copy link]
|
|
Sudah dua dekad juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong bergiat aktif dalam dunia hiburan tempatan.
Meskipun namanya pada masa kini tidak sepopular 20 tahun yang lalu, penyanyi berdarah kacukan Cina Inggeris ini masih setia menghambakan diri sebagai anak seni.
Kerjaya Vince seperti penyanyi lain, berdepan fasa perubahan seiring perjalanan masa. Sedar atau tidak, penyanyi ini sudah merakamkan 20 buah lagu.
Antara yang terbaharu adalah lagu Alang-Alang yang dinyanyikan bersama Izzue Islam, Hanya Kau dan Depan Mata yang dinyanyikannya secara solo.
Namun tanpa publisiti secara besar-besaran, lagu-lagu yang bagus itu gagal mendapat sambutan dan tidak dimainkan di radio tempatan.
Jelas Vince, disebabkan pandemik, perancangan untuk lagu-lagu tersebut terhalang. Penyanyi tersebut hanya mampu berpuas hati sekurang-kurangnya ia dapat dipromosikan di media sosial seperti Instagram dan TikTok.
“Sukar nak jangka landskap muzik sekarang. Kita pun tak tahu apa sebenarnya muzik yang orang sekarang nak dengar kerana citarasa mereka sudah berubah.
“Benar, saya masih tercari-cari muzik apa yang orang nak dengar dari saya. Kadang kita syok sendiri dengan muzik yang kita bawakan,” katanya ketika ditemui sempena majlis perkongsian kandungan Astro baru-baru ini.
Kata Vince, hala tuju muziknya sekarang sudah berubah seiring kematangan usia. Katanya, sisi pandang terhadap muzik juga sudah meluas.
“Mungkin sekarang saya lebih memilih Blues dan Soul. Sedikit Jazz mungkin. Saya membayangkan diri ibarat Michael Buble. Yang penting, bukan K-Pop,” ujarnya.
Setiap penyanyi berdepan pasang surut. Vince, dalam pada itu, bijak mengatur kerjaya dan mencuba pelbagai kemahiran untuk memastikan dirinya terus relevan dalam persada seni tempatan.
“Jangan cepat menjatuhkan persepsi, bila artis itu sudah tak popular, tak ada lagu hits, tak terkenal di media sosial, dia sudah tak laku.
“Hakikatnya, ramai artis, yang pada pandangan umum sudah ‘suam-suam kuku’, masih laku dan sering dipanggil membuat persembahan di majlis-majlis korporat dengan bayaran cukup lumayan.
“Ada client yang tak tengok artis itu popular atau tidak. Yang penting versatil, mahir pelbagai bahasa dan pandai menghibur,” jelasnya.
Ujar Vince, dia tidak pernah goyang kaki dan rasa selesa kedudukan kini.
Katanya, penyanyi kena rajin mencari peluang dan rela berbuat apa sahaja untuk kekal relevan.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Semua adalah pemenang, tiada pengalah
Heols selalu jer ade job kat Astro |
|
|
|
|
|
|
|
kpop pon reject kau nyah sebab dah tua. Kpop tu dah la ageism kuat giler |
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream replied at 9-9-2023 05:05 PM
Semua adalah pemenang, tiada pengalah
serius la? iols ingat heols hilang pergi mana selama ni |
|
|
|
|
|
|
|
"Kita semua pemenang. Tiada pengalah." |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah..20 tahun 20 lagu. Lebih kurang la standard sama dgn misha umar yg dioverrated kan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 9-9-2023 05:06 PM
serius la? iols ingat heols hilang pergi mana selama ni
dia ada masuk the masked singer 1st season kan… |
|
|
|
|
|
|
|
miracle_forever replied at 9-9-2023 05:54 PM
dia ada masuk the masked singer 1st season kan…
oh, iols ketinggalan part tu. Thanks chuols |
|
|
|
|
|
|
|
dh 20thn ke af
ishishish laju masa blalu
apa punnsuara vince sesuai utk jazz rnb
few geng af yg bole nynyi suara sedap
tp mybe luck or pakej
eg bob,kaer,shari |
|
|
|
|
|
|
|
batch heols si azizi tu skrg kelempuk habes yach...
|
|
|
|
|
|
|
|
silapnya walaupun helok, tapi heols always serabai kepam ye, kadang dengan tak clean shavenya, ada janggut misai pacak2 je tak pantis elok...muka pun tak jaga tak nampak bersih... sebab bakat & suara heshe pun biasa2 sangat, aure heshe pun tak letopan walaupun juara ye... body pun tak jaga...sebab heols kalau jual fizikal boleh je letop, mix pulak tu.. bahasa pun mahir multiligual... cuma heols jenis tak try hard sangat..malas nak push.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|