CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3415|Reply: 7

Amir Masdi Pusing Satu Malaysia Jumpa Peminat

[Copy link]
Post time 9-9-2023 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Bersempena dengan pelancaran album pertama, penyanyi Amir Masdi bakal mengadakan siri jelajah di Hard Rock Cafe Melaka pada 15 September ini.


Pemilik nama sebenar, Amir Syazwan Masdi, 27, berkata, penganjuran siri jelajah itu merupakan salah satu impiannya malah projek itu adalah bonus kepada penerbitan album yang memuatkan 12 buah lagu itu.






“Untuk jelajah album ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi kalau dapat buat jelajah album satu Malaysia, itu adalah bonus untuk projek ini.


“Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakannya di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. Kalau tanya penyanyi lain, lokasi itu sangat baik sekiranya mahu membuat persembahan.


“Kalau ikutkan memang risikonya agak tinggi sebab ada tiket dan perlu pergi banyak lokasi. Tapi, saya tengok ramai peminat yang minta untuk buat showcase.


“Kalau saya buat di tempat yang sama nanti orang akan bosan. Jadi, saya dengan pihak pengurusan buat jelajah itu supaya dapat menjual album ini ke seluruh negara,” katanya.


Amir berkongsikan bahawa dia bakal menyanyikan kesemua lagu dalam album itu termasuk beberapa lagu lain.


  



Penyanyi itu yakin dengan tawaran harga tiket yang mampu milik membolehkan peminatnya hadir untuk sama-sama menikmati persembahan bertaraf kelas A.


Jelas Amir, tiket telah mula dijual pada minggu lalu dan di peringkat awal, sebanyak 300 sudah terjual.


“Ini juga adalah projek yang bagus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu.


“Harga tiket bermula dengan RM100. Penonton akan dapat tiket fizikal dan gelang tangan. Cenderahati dan album fizikal akan dijual nanti. Mereka yang masuk dengan tiket boleh beli cenderahati itu,” katanya.


Dalam masa sama, Amir turut berkongsi yang album pertamanya itu sudah habis terjual dan proses cetakan kedua sedang dilakukan.


“Batch pertama sudah habis terjual sebanyak 300 unit pada showcase baru-baru ini. Jadi, pada album tour, ini adalah cetakan baharu dan cenderahati yang akan dijual pada hari kejadian nanti khas untuk orang yang datang.


“Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk album tour saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka,” katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap suara dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar-gambar di Miri dalam IG kat atas tu cuma 1 je yang menarik - gambar kasut. Yang lain hmmmmmm...maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun sejenis kena mandi bunga
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara sdp...kalau dia ada lagu best lg lah i minat...rasa nk g je jmpa dia time dia wat show kenapa..tp tk lepas...tk dpt keizinan..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum ada lagu yg betul2 hit. Sayang sgt. Kena tukar pihak pengurusan agaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2023 10:14 AM | Show all posts
dia ni lagi comel kalau dia ikat/style kan rambut dia ke belakang

faham taknak rambut pendek, takut nampak cam budak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin women sheols ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.690317 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list