CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3204|Reply: 7

Pengalaman Lalu Mendewasakan, Ismail Izzani Tak Nak Ubah Apa-Apa Walau Boleh Undur Masa

[Copy link]
Post time 7-9-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani menganggap kontroversi demi kontroversi yang terpalit dengannya adalah pengalaman yang banyak mendewasakan dirinya menjadi manusia lebih baik.


Ismail berkata, seandainya dia diberi peluang untuk mengundur waktu, dia enggan mengubah satu pun kenangan yang pernah menghambat namanya sebelum ini.






"Saya bersyukur kerana pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Kalau ada peluang untuk patah balik masa, saya tak nak tukar apa-apa kejadian yang pernah berlaku dalam hidup saya kerana ia membentuk diri saya sekarang.


"Saya bermula dalam bidang ini seawal usia 16 tahun dan orang luar melihat segala proses saya membesar dan kehidupan yang saya lalui," katanya.


Ismail berkata, dia juga tidak mahu salahkan sesiapa atas apa yang berlaku, tetapi menyalahkan dirinya sendiri kerana memilih bidang itu hingga tidak ke sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


"Atas sokongan ibu, saya juga sanggup 'busking' di luar sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur kerana muzik begitu dekat di hati saya dan tidak akan sesekali meninggalkan bidang yang saya cintai ini. Saya sanggup berdepan apa saja kecaman kerana inilah kenangan yang berharga untuk diri saya.


"Kalau orang nak benci sekali pun, sampai tahap mana mereka nak benci. Ada je orang yang mahu bergambar sehingga terdetik di hati mungkin mereka dalang di sebalik komen kecaman yang ditinggalkan. Apapun saya tak ambil peduli sebab saya berdiri hari ini sebab muzik dan banyak lagi perkara yang saya nak teroka," katanya.


  



Menurut Ismail, selepas berdepan kontroversi demi kontroversi dia akan sentiasa mengingatkan dirinya untuk terus pandang ke depan walaupun mengakui berat menanggung ujian yang datang.


"Nak kata kurangkan kontroversi pada masa akan datang pun tak boleh juga sebab bukan saya yang minta. Kalau benda nak jadi, dia jadi dan saya tak boleh lari. Sekarang semua benda di hujung jari dan orang boleh berada di mana-mana.


"Inilah kehidupan yang saya pilih dan kalau benda nak jadi kepada saya, apa boleh saya buat. Takkan saya nak menangis atau tertekan walaupun semua itu saya lalui ketika itu, tapi saya sentiasa mengingatkan diri untuk bangun dan terus pandang ke depan.


"Bagaimanapun saya sentiasa berharap agar dapat kurangkan kontroversi kerana apa yang saya lalui selama ini sangat berat dan masih berjuang. Saya tak nak janji apa-apa tapi akan cuba menjadi lebih baik," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 06:48 PM | Show all posts
Go go dik Mael. Abaikan haters, maju ke depan terusss
Meols tunggu product uols bersama joe flizzow.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara kau sedap dik, live kau pun bagus. Sambil dance pun suara stil mainten cam biasa. I like your talent. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak dia dia masuk kys. Adik malas sekolah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:26 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-9-2023 11:15 PM
Kakak dia dia masuk kys. Adik malas sekolah.

Normal kot untuk budak lelaki, especially yg inclined to arts/creative

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 7-9-2023 11:26 PM
Normal kot untuk budak lelaki, especially yg inclined to arts/creative

Kalau betul haluan takpelah. Kalau haluan tak betul menurun perangai bapak dia.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
SPM tu kalau kau nak ambil sekarang pun sempat lagi dik.. takde degree takpe lah.. at least tamat sekolah menengah pun sedap jugak hati..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 02:48 PM | Show all posts
benda lepas memang takleh ubah dah badigol.

benda yg future ni boleh dibentuk dan difikirkan, kalau ko masih buat sama mcm benda2 bingai yg ko buat last time, it means nothing has changed.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.213164 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list