CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3196|Reply: 0

Pesakit kanser meningkat di kalangan usia bawah 50 tahun

[Copy link]
Post time 7-9-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit kanser meningkat di kalangan usia bawah 50 tahun

FOTO Hiasan


Paris: Kajian terbaharu mendedahkan, kanser semakin merebak dalam kalangan individu di bawah usia 50 tahun di seluruh dunia sepanjang tempoh tiga dekad.

Walaupun pakar memaklumkan peningkatan itu akibat pertumbuhan populasi, penyelidikan terdahulu juga menunjukkan kanser semakin kerap didiagnosis di kalangan individu bawah 50 tahun.

Kajian diterbitkan dalam jurnal BMJ Oncology semalam menunjukkan, kes kanser dalam kalangan individu berumur 14 hingga 49 meningkat hampir 80 peratus daripada 1.82 juta kepada 3.26 juta antara 1990 hingga 2019.

Pasukan penyelidik antarabangsa di sebalik kajian baharu itu mendedahkan, diet yang tidak baik, merokok dan alkohol sebagai faktor risiko utama punca kanser dalam kumpulan umur terbabit.

"Tetapi trend peningkatan kanser awal masih tidak jelas," kata mereka.

Menurut kajian itu lagi, lebih sejuta orang di bawah umur 50 tahun meninggal dunia akibat kanser pada 2019, meningkat 28 peratus daripada 1990.

"Kanser yang paling mematikan ialah kanser payudara, saluran pernafasan, paru-paru, usus dan perut.

"Kanser payudara adalah yang paling biasa didiagnosis sepanjang tiga dekad, tetapi kanser yang meningkat paling cepat adalah nasofarinks (kanser pangkal hidung) dan prostat manakala kanser hati pula merekodkan 2.9 peratus setahun," kata kajian itu.

Penyelidik menggunakan data Kajian Beban Penyakit Global 2019, dengan menganalisis 29 kanser berbeza di 204 negara.

Menurut kajian itu, semakin maju sesebuah negara, semakin tinggi risiko individu di bawah usia 50 tahun didiagnosis dengan kanser.

"Ini menunjukkan, negara yang lebih kaya dengan sistem penjagaan kesihatan lebih baik akan mendapat kanser lebih awal, tetapi hanya beberapa negara membuat saringan kanser tertentu terhadap individu di bawah 50 tahun.

"Selain amalan pemakanan buruk, merokok dan minum, faktor genetik, fizikal tidak aktif dan obesiti juga boleh menyumbang kepada trend itu," kata kajian itu.

Kajian itu juga meramalkan trend ini akan meningkat lagi 31 peratus menjelang 2030 dengan kebanyakannya dalam kalangan individu berumur 40 hingga 49 tahun.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/global ... usia-bawah-50-tahun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.347548 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list