|
|
Penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan detik cemas apabila isteri dan anaknya hampir dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Puncak Alam, baru-baru ini.
Menerusi muat naik di Instagram itu, video tersebut menunjukkan detik sebelum sebuah kereta merempuh sebuah premis kedai dan lebih mengejutkan, isteri dan dua anak serta anak saudaranya berada dalam bangunan tersebut untuk membeli barangan keperluan haiwan.
"Ketika ini, isteri saya, anak buah, Umaira dan Iyyen berada di dalam kedai.
"Aimi sedang memilih barang kucing, anak lelaki saya paling hampir dengan kejadian," tulisnya.
Issey meluahkan rasa syukur kerana kejadian tersebut tidak menimpa keluarganya namun bersimpati dengan mangsa yang terlibat.
"Alhamdulillah, Allah lindung kami sekeluarga. Kecederaan berlaku pada mangsa di luar. Katanya terus dirawat di hospital dan kecederaan ringan.
"Alhamdulillah semuanya selamat. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi. Ketika ini saya tiada di tempat kejadian.
"Bagi pihak saya dan keluarga, kami syukur tidak ada apa yang berlaku. Saya doakan untuk masa akan datang agar semuanya terhindar dari kemalangan seperti ini lagi," katanya.
Dalam pada itu, Issey turut berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut kerana pihak yang terlibat sudah meminta maaf.
"Tujuan saya kongsikan video ini agar kita semua lebih berhati-hati. Saya berharap kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi kepada pemandu dan mangsa.
"  ihak keluarga pemandu pun ada menghubungi saya untuk minta maaf. Saya doakan semuanya dipermudahkan. Katanya, semuanya sudah selesai dengan bantuan pihak polis. Hati-hati yan semua. Jaga diri," katanya.
Terdahulu, Selasa lalu sebuah rakaman video memaparkan sebuah kereta mengundur laju dan merempuh premis kedai menyebabkan seorang kanak-kanank cedera ringan.
Sumber: Xtra, IG Issey
|
|