|
|
Sharnaaz Ahmad akhirnya berjaya memenangi bidaan nombor plat yang diingini selepas video luahan tak puas hati terhadap sistem bidaan nombor plat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid tular.
Kemenangan itu turut membuktikan dia berjaya melawan scalper iaitu pihak yang membeli nombor secara pukul dan menjual semula dengan harga lebih tinggi.
 Foto: IG
"Seperti yang dijanjikan saya telah mendapat keputusan. Alhamdulillah, kita memang. Saya dah dapat (nombor bidaan). Mamu (panggilan dirinya) menang. Syukur berjaya walaupun tak mandi.
"Hari ini saya buktikan sebenarnya saya menang lawan scalper," katanya menerusi Live di Instagram.
 Foto: mStar
Kemenangan itu juga merupakan berkat doa netizen yang menontonnya membuat bidaan ketika siaran langsung tersebut.
Dalam pada itu, pelakon filem Jebat itu turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan scalper yang menjual nombor plat bidaan sehingga mengaut keuntungan yang melampau.
Menunjukkan bukti di Instagram, Sharnaaz berkata, ada nombor plat yang pada awalnya dibida sekitar RM20,000 dijual sehingga RM50,000.
"Saya tidak boleh terima lagi benda kecil ini. Nombor plat M**M hampir RM50,000. Aku berani jamin, paling tinggi dia bida RM20,000 sahaja. Dia untung RM30,000.
"Mungkin dia nak cari makan. Kita faham semua manusia cari makan tapi orang kata berpada-padalah. Kita bukan nak cari gaduh dengan scalper atau JPJ... Kita cuma mahu keadilan," ujarnya.
Sharnaaz sekali lagi berharap agar sistem JPJeBid dapat diperbaiki dan bersifat lebih adil kepada semua rakyat Malaysia yang mahu membida nombor pendaftaran kenderaan. -CARI
Sumber: mStar
|
|