CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3123|Reply: 1

Yonnyboii Padam Semua ' Posting' Di IG, Gimik Lagu Baru?

[Copy link]
Post time 7-9-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan penyanyi rap dan komposer muda Yonnyboii yang memadam semua foto dan video di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.


Bagaimanapun, sehingga kini Yonny masih mengunci mulut dan tidak menyatakan sebab dia berbuat demikian.






Sementara itu, wakil syarikat pengurusan Yonny iaitu Anne Mukhtar dari Universal Music Malaysia ketika dihubungi memaklumkan penyanyi itu mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.


"Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula," kata wakil Yonnyboii.


Kali terakhir pelantun lagu Sakit itu memuat naik hantaran di Instagram ketika berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nik Nazira selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 20 Julai lalu.


Sehingga artikel ini ditulis, Yonny telah memiliki pengikut seramai 179,000.






Untuk info, kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu adalah berjudul Flash & Dash yang kolaborasi bersama Guccimith.


Lagu tersebut telah mencapai 200,000 tontonan di YouTube dan merupakan hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy.




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 02:51 PM | Show all posts
Bagus tt. Debar juga ingat kua lagi gambau balung ayammmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.579182 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list