CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4328|Reply: 0

Mohammad dilantik Panglima Angkatan Tentera, Affendi bersara

[Copy link]
Post time 6-9-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

AFFENDI (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Panglima Angkatan Tentera baharu, Mohammad pada majlis serah terima tugas Panglima Angkatan Tentera di Auditorium MINDEF, Wisma Pertahanan. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohammad sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-22 itu adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang bersara wajib hari ini.

Ia juga menyaksikan Mohammad menjadi Panglima TDM ke-19 dilantik ke jawatan terbabit selepas kali terakhir adalah Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang berkhidmat sebagai PAT ke-20.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu disaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan di Auditorium Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.

Mohamad Hassan dalam ucapannya berkata, pelantikan Mohammad adalah atas kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang 36 tahun bersama pasukan.

"Berbekalkan daya kepimpinan yang tinggi, saya percaya beliau akan berupaya meneraju dan memikul amanah bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi.

"Kepada Jeneral Tan Sri Affendi, bagi pihak negara dan bangsa, saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti sepanjang 43 tahun bertugas," katanya.

Mohammad Ab Rahman, 59, berasal dari Machang, Kelantan menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Kelantan sebelum melanjutkan pengajian ke Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja pada 1980.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari University of North Carolina, Amerika Syarikat itu ditauliahkan sebagai pegawai muda Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1 Julai 1987 dan berkhidmat selama 36 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Pegawai Memerintah Batalion ke-23 RAMD (23 RAMD), Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged), Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Panglima Latihan Tentera Darat dan Panglima Medan Barat.

Mac lalu, Mohammad dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) ke-29 menggantikan Jeneral Tan Sri Datuk Seri Zamrose Mohd Zain yang bersara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... era-affendi-bersara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054685 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list