CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2251|Reply: 0

[Perlis] Lelaki warga asing rempuh kereta polis

[Copy link]
Post time 5-9-2023 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga asing rempuh kereta polis


September 5, 2023 @ 6:34pm





PADANG BESAR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif merempuh sebuah kereta polis di hadapan Taman Kastam, Ahad lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku selepas suspek berusia 32 tahun yang memandu Proton Perdana menyedari kehadiran kereta polis dan bertindak memecut laju dengan melanggar sebuah kereta polis yang dinaiki tiga anggota.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata suspek sempat meloloskan diri ke dalam semak sebelum berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam kemudian.

"Suspek bertindak keluar kereta dan meloloskan diri di kawasan semak di Kampung Kok Mak dan berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam di sebuah rumah di Padang Besar kira-kira jam 9 malam semalam (kelmarin)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan polis mendapati bahawa suspek memiliki MyKad milik orang lain dan kad pengenalan warga Thailand.

"Hasil siasatan awal mendapati kad pengenalan rakyat Malaysia itu dilaporkan hilang pada 2021," katanya.

Mohd Shokri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana memiliki MyKad orang lain.

Beliau berkata, suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine, direman empat hari bermula hari ini.

Mohd Shokri berkata, ketiga-tiga anggota polis tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050773 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list