CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2043|Reply: 0

Tentera Darat dijangka terima dua helikopter Black Hawk hujung tahun ini

[Copy link]
Post time 5-9-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Mohammad Ab Rahman (kanan) bercakap pada sidang akhbar selepas Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 di Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua buah helikopter jenis Sikorsky UH-60 Black Hawk seawal hujung tahun ini.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, pengangkutan udara dari Amerika Syarikat itu bakal digunakan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

“Proses perolehan Helikopter Black Hawk telah selesai, jadi dijangka Disember atau Januari (tahun depan) kita akan terima dua buah dahulu.

“Justeru, kita juga akan menghantar juruterbang untuk membuat latihan menggunakan simulator untuk mengendalikan Black Hawk. Mereka akan dihantar ke Turkiye pada Oktober ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat Ke-29 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Menurut Mohammad, penerimaan helikopter tersebut akan dibuat secara berperingkat dan dikendalikan sepenuhnya oleh juruterbang TDM.

Difahamkan, Malaysia dijangka memperoleh empat buah helikopter Sikorsky UH-60 Black Hawk dari Amerika Syarikat (AS) secara berperingkat.

Dalam perkembangan lain, Mohammad memberitahu, Kementerian Pertahanan sedang melaksanakan dokumentasi tender perolehan 18 meriam artileri jenis Self Propelled Howitzer (SPH) model 155mm Yavuz buatan Turkiye yang dijangka selesai pada Disember ini.

Jelas beliau, perolehan sistem persenjataan itu turut mencakupi kenderaan-kenderaan dan insfrastukturnya.

“Memang betul kita (Tentera Darat) sedang dalam proses perolehan beberapa sistem persenjataan bagi mengukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan.

“Perolehan sistem meriam artileri jenis 155MM Yavuz Self Propelled Howitzer (SPH) buatan Turkiye antara projek perolehan yang menjadi keutamaan Tentera Darat dalam meningkatkan keupayaan elemen kuasa tindakan dan kesiagaan pasukan Rejimen Artileri Diraja.

“Perolehan ini melibatkan sebanyak 18 buah Meriam artileri SPH 155MM Yavuz dan sekarang ia berada dalam proses pelaksanaan dokumentasi tender oleh Kementerian Pertahanan,” katanya.-KOSMO ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... k-hujung-tahun-ini/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050822 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list